Abang Ipar Riezman Khuzaimi Maut Di Gunung Rinjani, Usaha Bawa Turun Jenazah Masih Berjalan

Hiburan

Abang Ipar Riezman Khuzaimi Maut Di Gunung Rinjani, Usaha Bawa Turun Jenazah Masih Berjalan

Dunia pendakian negara dikejutkan dengan berita duka apabila seorang pendaki warga Malaysia yang merupakan abang ipar kepada pelakon, Riezman Khuzaimi iaitu Allahyarham Rennie Abdul Ghani, 57, disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, Allahyarham Rennie terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani, Pulau Lombok, nusa tenggara timur Indonesia, jam 12 tengah hari semalam (waktu tempatan).

Advertisement
Banyu Urip

Banyu Urip

Memetik laporan Info Kemalangan & Bencana Malaysia, jenazah Allahyarham masih berada di lokasi kejadian ekoran kesukaran pasukan penyelamat untuk membawanya turun dari kawasan curam yang berisiko tinggi.

Keadaan geografi yang berbahaya menyukarkan penggunaan helikopter dalam operasi menyelamat tersebut.

Jurucakap operasi berkata, usaha membawa keluar jenazah sedang giat dijalankan secara berjalan kaki oleh pasukan penyelamat, namun dijangka mengambil masa kerana keadaan cerun yang sangat mencabar.

Rennie Abdul GhaniSumber : Facebook 

Rennie Abdul Ghani

Turut difahamkan, insiden ini berlaku ketika beliau mendaki bersama kumpulan seramai 23 orang melalui laluan Sembalun pada 1 Mei yang lalu. Ketika kejadian, beliau dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip, sebuah laluan yang terkenal dengan cabaran ekstremnya.

Operasi menyelamat kini sedang digerakkan secara besar-besaran oleh pelbagai agensi termasuk Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, pasukan perubatan serta unit penyelamat tempatan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Anggota Tentera Meninggal Dunia, ATM Beri Jaminan Siasatan Telus & Tiada Kompromi
1 month ago

Anggota Tentera Meninggal Dunia, ATM Beri Jaminan Siasatan Telus & Tiada Kompromi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...