Abang Ipar Ingin Langsaikan Hutang Rakan Jadi Punca Kes R*gol Bergilir-Gilir Adik Ipar Ketika Sedang Tidur

Berita

Abang Ipar Ingin Langsaikan Hutang Rakan Jadi Punca Kes R*gol Bergilir-Gilir Adik Ipar Ketika Sedang Tidur

Memetik Buletin TV3, punca kes rogol seorang wanita yang juga adik ipar kepada suspek dilaporkan adalah kerana ingin melangsaikan hutang rakan-rakan.

Kejadian yang berlaku di Wangsa Maju itu telah membawa kepada penahanan seorang lelaki yakni abang ipar kepada mangsa pada 9.30 malam Sabtu lalu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai.

Advertisement

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah di mana beliau memaklumkan bahawa suspek akan direman sehingga 8 September ini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol Berkumpulan).

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang sedang tidur telah ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian pada 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Mangsa turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek yang turut merakam kejadian itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Machang bergaduh maut skandal isteri orang
8 months ago

Ditumbuk Sehingga Maut, Penjawat Awam Disyaki Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...