Memetik Buletin TV3, punca kes rogol seorang wanita yang juga adik ipar kepada suspek dilaporkan adalah kerana ingin melangsaikan hutang rakan-rakan.
Kejadian yang berlaku di Wangsa Maju itu telah membawa kepada penahanan seorang lelaki yakni abang ipar kepada mangsa pada 9.30 malam Sabtu lalu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai.
UPDATE : Siasatan awal polis dapati abang ipar mangsa ingin melangsaikan hutang rakan dipercayai punca suspek membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju , Rabu lalu.
Sebelum itum dia hubungi mangsa supaya tidak mengunci pintu rumah. https://t.co/3437XrRRhz
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 5, 2023
Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah di mana beliau memaklumkan bahawa suspek akan direman sehingga 8 September ini.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol Berkumpulan).
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang sedang tidur telah ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian pada 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.
Mangsa turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek yang turut merakam kejadian itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.