Tular video memaparkan seorang penghantar makanan memberhentikan motosikalnya untuk menghulurkan bantuan.
Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat meletakkan motosikalnya berdekatan kereta itu dan membantu pemandu wanita berkenaan yang terkandas disebabkan enjin mati.
Sanggup patah balik nak tolong
Kejadian berkenaan berlaku di persimpangan lampu isyarat dan menurut perakam video tersebut sebelum lelaki itu berhenti tiada seorang pun pengguna jalan raya yang datang membantu pemandu terbabit.
Lelaki tersebut pula dikatakan sanggup berpatah balik untuk membantu pemandu dalam kesusahan itu.
Tolong cari dan viralkan abang Foodpanda ni sampai jumpa. Semua orang tengok je, tapi dia patah balik tolong girl (perempuan) dalam kereta itu tolak ke tepi jalan.
@cempakaberduri33 thank you, bro. the good boy ..living in Malaysia is amazing. we are so blessed. Ini dinamakan serumpun #viralvideo #viral #berandatiktok @foodpanda Malaysia @foodpanda riders MY ♬ suara asli – Sadness –
Walaupun tengah kerja, tetap tolong
Tindakan penghantar makanan tersebut kerana membantu orang dalam kesusahan meraih pujian ramai warganet.
Kata mereka, meskipun sedang bekerja dan ketika cuaca panas dia tidak teragak-agak untuk menolong.
Malah, menerusi ruangan komen tuan empunya badan telah meninggalkan komen dan berterima kasih kepada netizen yang memujinya. Katanya, dia hanya membantu mereka yang memerlukan tanpa meminta sebarang balasan ataupun pujian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.