Abang Botak Insaf Terpaksa Sambut Aidilfitri Di Penjara

Trending

Abang Botak Insaf Terpaksa Sambut Aidilfitri Di Penjara

‘Abang Botak’ gelaran yang diberikan netizen kepada seorang lelaki yang viral atas tindakannya memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan khianat itu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Danial Tan Abdullah terpaksa menyambut Aidilfitrti disebalik tirai besi apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula tarikh tangkapan iaitu semalam.

Advertisement

Ditanya apakah punca dirinya bertindak diluar kawalan, Danial memberitahu pemandu kereta tersebut hampir melanggarnya sebanyak dua kali dan telah menunjuk jari kepadanya.

Puncanya apabila dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya hingga ke haluan bertentangan. Saya cuba menghentikannya untuk berbincang, namun dia menunjukkan tanda jari hingga menyebabkan saya melakukan tindakan itu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...