Abang Bomba Hero Dihati Kami, Walaupun Namamu Tak Didendang

Trending

Abang Bomba Hero Dihati Kami, Walaupun Namamu Tak Didendang

Sewaktu kita semua sedang bersiap sedia membuka puasa diatas meja dengan bermacam lauk dan kuih muih, pernahkah anda semua terfikir bagaimana pula dengan orang yang sibuk menjalankan tugas pada waktu itu.

Tanggungjawab mesti dilaksanakan demi perjalanan kehidupan manusia. Ada segelintir dari kita sehingga sekarang masih tidak pernah berbuka puasa bersama keluarga.

Advertisement

Begitu juga dengan kisah yang dihadapi oleh sekumpulan ahli Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika sedang dalam operasi memadamkan kebakaran baru-baru ini.

Gambar berkenaan telah menjadi tular di laman sosial yang dimuatnaik oleh Tengku Mohd Ihsan sebelum dikongsikan oleh laman Friends of Bomba Malaysia di Facebook.

Kelihatan wira-wira ini masih mampu tersenyum walaupun terpaksa melakukan tugasan. Mereka sangat seronok apabila boleh berbuka puasa bersama pasukan walaupun hanya di atas jalan raya tanpa sebarang alas.

Ini tidak menghalang mereka melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim selepas berbuka puasa dengan menunaikan solat berjemaah sebelum menyambung tanggungjawab memadam kebarakan.

Rata-rata netizen di dalam Facebook memberi penghargaan kepada pasukan bomba ini kerana sanggup berkorban dan mengucapkan terima kasih atas jasa mereka semua.

Gambar ini telah mendapat lebih dari 400 perkongsian dan 200 tanda suka oleh warga media.

Apa yang menariknya, terdapat juga bomba berkongsi kisah yang sama terpaksa berkerja pada bulan Ramadan.

“Pernah baru nak buka puasa makan karipap.air pun xsempat minum.bunyi siren api kilang.trus melompat dalam jentera..balik dari operasi..masuk tangan dalam poket..aa…karipap tadi xsempat makan.

” Puasa pertama time nk bbuka awal2 da kne pkok tumbang time azan plk to..sabo je lh.

” Bnyk baca komen dlm ni abam bomba xsempat berbuka kerana tetiba dpt call kecemasan. Xpe la.. harap lps ni abam bomba dpt stanby coklat bar dlm poket bju oren/kat dlm jentera sekurg2nya bleh kunyah2 klu kalau dah dh masuk waktu berbuka.. apa2 pon abam bomba tetap hero dihati kami walupon namamu tak didendang.

Jasa dan pengorbanan ahli bomba dan penyelamat akan dikenang sampai bila-bila dan terima kasih kerana sering membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...