“Abang boleh hantar kami ka?” – Warga Bangladesh bagi tip RM50

Trending

“Abang boleh hantar kami ka?” – Warga Bangladesh bagi tip RM50

Selalunya kalau bercakap tentang kisah penumpang Grab ni, ada macam-macam cerita yang dikongsikan. Ada yang kelakar, sedih dan yang menyakitkan hati pun ada.

Tapi lain pula kisahnya kali ini apabila kisah yang dikongsikan oleh Fadhli Sahar mengenai kisah penumpangnya yang berasal dari Bangladesh.

Advertisement

Kejadian ini berlaku ketika beliau menjadi pemandu Grab kira-kira tiga tahun yang lalu. Beliau telah menerima penumpang warganegara Bangladesh yang baru sahaja selesai bekerja. Bukan satu, bukan juga dua tapi tiga orang penumpang itu dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Lumrah kebiasaannya warganegara Bangladesh selalu dikaitkan dengan bau badan mereka yang sedikit berbau. Tapi tidak sopan lah sekiranya kita menegur secara terang-terangan kan?

Lebih mengejutkan lagi ialah rupanya itu adalah percubaan kali keempat mereka untuk mendapatkan Grab.

“Kami panggil 3 Grab sebelum abang. Semua cancel booking apabila nampak kami.”

Sepanjang perjalanan itu Fadhli tak nafikan beliau berasa tidak selesa akibat bau-bauan yang tidak menyenangkan itu. Penumpang warga Bangladesh itu juga turut menyedari rasa kurang senangnya itu.

Diakhir perjalanan itu mereka memberi not RM100 dan tidak meminta wang baki dan memintanya untuk simpan sahaja. Terkejut dengan tip sebanyak itu beliau tidak sangka warga Bangladesh itu bermurah hati dalam memberikan duit tip.

Tetapi itu bukan fokusnya disini, menurutnya penumpang warga Bangladesh ini telah membuka matanya tentang kehidupan.

Tak kira mereka berasal dari mana sekalipun, mereka pun manusia biasa juga seperti kita. Malah sepatutnya kita memberi layanan yang sama tanpa sebarang diskriminasi.

Sumber: Fadhli Sahar

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...