Selalunya kalau bercakap tentang kisah penumpang Grab ni, ada macam-macam cerita yang dikongsikan. Ada yang kelakar, sedih dan yang menyakitkan hati pun ada.
Tapi lain pula kisahnya kali ini apabila kisah yang dikongsikan oleh Fadhli Sahar mengenai kisah penumpangnya yang berasal dari Bangladesh.
Kejadian ini berlaku ketika beliau menjadi pemandu Grab kira-kira tiga tahun yang lalu. Beliau telah menerima penumpang warganegara Bangladesh yang baru sahaja selesai bekerja. Bukan satu, bukan juga dua tapi tiga orang penumpang itu dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Lebih mengejutkan lagi ialah rupanya itu adalah percubaan kali keempat mereka untuk mendapatkan Grab.
“Kami panggil 3 Grab sebelum abang. Semua cancel booking apabila nampak kami.”
Sepanjang perjalanan itu Fadhli tak nafikan beliau berasa tidak selesa akibat bau-bauan yang tidak menyenangkan itu. Penumpang warga Bangladesh itu juga turut menyedari rasa kurang senangnya itu.
Diakhir perjalanan itu mereka memberi not RM100 dan tidak meminta wang baki dan memintanya untuk simpan sahaja. Terkejut dengan tip sebanyak itu beliau tidak sangka warga Bangladesh itu bermurah hati dalam memberikan duit tip.
Tetapi itu bukan fokusnya disini, menurutnya penumpang warga Bangladesh ini telah membuka matanya tentang kehidupan.

Sumber: Fadhli Sahar