Abang ‘Back Up’ Keputusan Dahlia Tidak Berhijab – “Sedih Dengan Kata-Kata Kasar Yang Dilemparkan”

Hiburan

Abang ‘Back Up’ Keputusan Dahlia Tidak Berhijab – “Sedih Dengan Kata-Kata Kasar Yang Dilemparkan”

Abang kepada penyanyi baharu Dahlia, Muhammad Syakir Alif, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap kecaman melampau netizen selepas adiknya membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Menurut Syakir, adiknya kini sedang berada dalam fasa mencari kefahaman agama yang lebih mendalam dan enggan memakai tudung hanya kerana keterpaksaan tanpa memahami maksud syariat sebenar.

Advertisement

Katanya kepada Utusan Malaysia,

Keluarga kami faham reaksi masyarakat, tetapi saya sedih dengan kata-kata kasar yang dilemparkan. Dahlia sendiri pernah akui dia kurang memahami agama sejak sekolah, kerana hanya belajar secara akademik, bukan dari sudut rohani.

Syakir yang juga anak kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin menjelaskan bahawa selama ini pemakaian tudung Dahlia lebih kepada memenuhi kewajipan, tanpa disertai kefahaman mendalam. Baginya, setiap insan melalui proses berbeza menuju kematangan rohani, dan masyarakat seharusnya mendoakan agar adiknya terus diberi kekuatan untuk mendalami agama.

putri dahlia tak bertudung

Beliau turut mengingatkan supaya orang ramai menjaga adab ketika menegur, sesuai dengan ajaran Islam yang menekankan akhlak. Katanya, keluarga boleh menerima teguran jika disampaikan secara baik, namun kesal kerana ramai memilih mengecam dan menabur fitnah termasuk menuduh ibu bapa gagal mendidik Dahlia.

Untuk rekod, Dahlia sebelum ini mengesahkan perubahan imejnya selepas lebih 15 tahun berhijab. Dalam masa sama, dia turut menukar nama pentas daripada Putri Dahlia kepada hanya Dahlia sebagai langkah memperluas karier muzik di peringkat antarabangsa.

putri dahlia tak bertudung
2025-09-17 15:50:46

Padam Foto Berhijab, Tindakan Dahlia Terus Dikecam - "Orang Buang Gambar ‘Freehair’ Sebab Dah Bertudung, Kau.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...