Abang Asmara Dibuli Lagi Meskipun Sudah Tersingkir, Kali Ini Babitkan Ibu Mertua Pula

Hiburan

Abang Asmara Dibuli Lagi Meskipun Sudah Tersingkir, Kali Ini Babitkan Ibu Mertua Pula

Penyanyi dan juga cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob nampaknya terus dikritik dan ‘dibuli’ di media sosial meskipun sudah tersingkir pada konsert minggu ke-4, Ahad lalu.

Terkini, penyanyi yang dikenali sebagai ‘Abang Asmara’ itu telah dikecam sehingga membabitkan ibu mentuanya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Advertisement

Individu tersebut telah menulis sebuah status berbaur perlian yang berbunyi “Yang biasa-biasa tu biarlah dengan seribu satu alasan macam mak mentua dia..” dipercayai telah dimuat naik di aplikasi Twitter.

 

Status itu kemudiannya telah mendapat perhatian Fazley dan dia bertindak membalas kembali umpatan individu itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya tampil memberi respon atas perbuatan individu tersebut di mana rata-ratanya menganggap kritikan tersebut sebagai salah satu contoh buli siber.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar Fazley membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Terdahulu, Fazley telah menjadi bintang kedua GV8 selepas Nico G yang tersingkir berikutan dia hanya mampu memperoleh markah sebanyak 50% berbanding peserta yang lain.

Fazley yaakob
2 years ago

Menepati Ramalan, Datuk Fazley Yaakob Tersingkir Gegar Vaganza Musim Ke-8

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...