Penyanyi dan juga cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob nampaknya terus dikritik dan ‘dibuli’ di media sosial meskipun sudah tersingkir pada konsert minggu ke-4, Ahad lalu.
Terkini, penyanyi yang dikenali sebagai ‘Abang Asmara’ itu telah dikecam sehingga membabitkan ibu mentuanya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Individu tersebut telah menulis sebuah status berbaur perlian yang berbunyi “Yang biasa-biasa tu biarlah dengan seribu satu alasan macam mak mentua dia..” dipercayai telah dimuat naik di aplikasi Twitter.
Ada orang hantar ni, wah dia main mak mak lah @innerviena ? terima kasih! pic.twitter.com/9u0WeYpf28
— Dato’ Fazley Yaakob (@FazleyYaakob) December 13, 2021
Status itu kemudiannya telah mendapat perhatian Fazley dan dia bertindak membalas kembali umpatan individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya tampil memberi respon atas perbuatan individu tersebut di mana rata-ratanya menganggap kritikan tersebut sebagai salah satu contoh buli siber.
Malah, ada juga yang mencadangkan agar Fazley membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Terdahulu, Fazley telah menjadi bintang kedua GV8 selepas Nico G yang tersingkir berikutan dia hanya mampu memperoleh markah sebanyak 50% berbanding peserta yang lain.