Berita kehilangan peserta larian, Mohammad Ashraf Hassan yang sudah memasuki hari ke 24 masih menjadi misteri dan pertanyaan dikalangan rakyat Malaysia.
Pelbagai usaha sudah dilakukan tetapi beliau masih belum ditemui.
Sejak semalam pula, tersebar foto laporan polis yang dibuat oleh abangnya iaitu Mohammad Azlan Hassan di Balai Polis Gopeng meminta agar orang ramai menghentikan pencarian adiknya.
Saya Mohammad Azlan bin Hasan mewakili pihak keluarga datang ke Balai Polis Gopeng untuk membuat laporan polis meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian.
Setelah berbincang dengan Ketua Kampung Pintu Padang saya membuat satu laporan polis supaya semua pihak menghentikan spekulasi tidak benar tentang kehilangan adik saya.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis tersebut yang dibuat oleh Mohammad Azlan pada jam 5.30 petang semalam.
Mungkin juga ada usaha lain yang dilakukan untuk mencari Acap. Apa-apa pun, kami doakan agar segalanya dipermudahkan dan semoga Acap segera ditemui.