Written by serenity | December 14th, 2017

Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, dengan sekali lafaz, pada 8 Disember lalu. Walaupun telah bergelar suami isteri, Abam memberitahu dia enggan terlalu mendedahkan kehidupan rumahtangganya di media sosial.

Abam memberitahu Astro Gempak:

Saya lebih selesa jika kehidupan kami suami isteri tidak dikongsi secara terbuka. Lagipun saya yang bekerja dalam bidang ini, bukan isteri.

Kalau boleh, saya tidak mahu libatkan isteri langsung dengan kerja saya. Biarlah dia jalani kehidupan seperti biasa.

Bagi saya, isteri saya adalah privacy saya, tetapi itu tidak bermakna saya akan sorokkan dia atau tak bagi keluar rumah.

Bagi Abam, tanpa mendedahkan keluarga tetap boleh mengumpul ramai peminat seperti Datuk Rosyam Noor:

Saya ambil contoh Datuk Rosyam Nor, beliau tidak mendedahkan kehidupan keluarga kepada umum dan akan berkongsi mengenai kerjaya sahaja.

Saya mahu begitu. Kebahagiaan tidak diukur melalui media sosial.

Abam juga tidak pasti tarikh sebenar akan berbulan madu disebabkan komitmennnya terhadap kerjaya:

Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat kerana saya terikat dengan beberapa projek dan sibuk sedikit.

Insha Allah, jika tiada aral melintang selepas resepsi saya pada 20 Januari nanti kami akan cari masa berbulan madu.

Abam dan isterinya berkenalan sejak 2009 tetapi hubungan mereka pernah terputus dan bertemu semula baru-baru ini sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Bak lirik lagu Afgan, kalau jodoh pasti bertemu juga, kan?- beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to Abam Bocey Tak Mahu Kongsi Kehidupan Berumahtangga Secara Terbuka, Contohi Datuk Rosyam Noor

  1. Anonymous says:

    kalau bini ko neelopak..ko pun akan kongsi jugak. sembang kuat…

    2

    19
    • abam says:

      awat dengki sangat? mesti nak kait neelofa kenapa eh?

      26

      0
    • Anonymous says:

      jahatnya! kalau lawa mcm lopak tp buruk perangai buat ape doh! lawa pon tak laku2 doh! abam….ko abaikankomen2 mengarut tue. aku sokong decision ko.

      14

      1
    • Mat Ronggeng says:

      Wise decision !!

      10

      0
    • Anonymous says:

      sah2 ko main baca je tak paham apa abam tu ckp kan??
      “Saya lebih selesa jika kehidupan kami suami isteri tidak dikongsi secara terbuka. Lagipun saya yang bekerja dalam bidang ini, bukan isteri.”

      maka, kalo bini retis, akn lain la statement dia, ngok tu simpan sikit utk komen2 gossip lain ye!

      23

      1
    • Mak Iti says:

      Bini muka biasa2 sumbat dlm almari je. Raya nanti baru bukak mcm tirai Kamdar.

      2

      19
    • minah jambu say NO to drugs says:

      untong abam bochey dapat bini jambu…memang sepadan betol besar ngan besar…boleh tahan jugak badan bini abam hehe tapi tk la gedabak sangat okok aje…semoga bahgia n di murah kan rezeki..

      0

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      kalau kau sorok kan bini kau abam memang bini kau nak kena gi makamah fail kan perceraian hehehe..

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko ni mmg hati busuk ke??

      0

      0
  2. sian kat abam says:

    Ada la fans kapel tu terasa sat gi, pastu hina abam gila2, kutuk2 fizikal abam. Jaga2 abam.

    5

    6
    • bunga says:

      saya lah fans kapel tu, tapi tak terasa pun, terasa kari ayam yg lekat kat celah gigi ni adalah. semoga abam bahagia.

      15

      0
      • Anonymous says:

        ntah x terasa po..fattzura..mawar dgn suami..aku suka tgk org bahagia sbb rasa bahagia..depa post po halal..yg tukang viral po bukan dia org org lain..cam abam ni ada ke blogger gosip senyap2 nak ambik video dia..jgn cakap la x mau tunjuk…sedangkan yg bukan artis po bukan main kat FB..ni kan artis..manusia biasa weiii.

        12

        1
    • hahahaa says:

      mental dah fans lopak. sampai topik abam pun terbawak2 api kemeroyanan…heret nama fattah dan faz.

      7

      1
  3. miamore says:

    i tanak cakap byk, semoga isteri encik jaga makanan encik. sedap tak bermakna sihat. makan lah yg rebus dan steam. itulah gunanya ada bini, bukan hanya jaga makan, malah jaga kesihatan family. tahniah juga.

    19

    0
  4. sakit mata says:

    haaa..elok pun..selamat pengantin baru abam

    4

    0
  5. Cleopatra says:

    Good decision Abam, this your marriage and tak perlu pun dedahkan pada public unless bila keadaan perlu untuk anda berbuat demikian….bukan apa, zaman skrg ni sangatlah bahaya and berapa banyak kes rumahtangga yg terjadi dalam kalangan selebriti berpunca dari excessive publicity therefore live your own life and buat hal sendiri, admire ramona zamzam and her husband, tak kacau orang buat hal sendiri and traveling around the world tahu2 je dah bersalin baby girl

    10

    0
  6. Anonymous says:

    keputusan yang tepat! ni baru jantan sejati!

    8

    0
  7. Anonymous says:

    aku tanak tau pasal kau sekalipun … ini kan pulak pasal wife kau… langsung tak trigger aku punya curiousity

    6

    5
  8. kakikucinghitam says:

    cantiknyaa wife. tahniah!

    5

    0
  9. damai says:

    pasal Abam knp kena terseleit, lofa dan fattzura, x faham langsung. Yes rosyam nor really good example, dari dulu sampai skg never expose kan isteri dan anak2. Good decision Abam

    5

    0
  10. Leylo says:

    Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.

    2

    0
  11. mamizura says:

    hmmmmmmmmmmmmmmmm we wait for next cycle………………simpan bini dalam peti kaca oklah……….pak pong pak pong……………………….

    0

    0
  12. AbamAwesome says:

    comelnya abam kt gamba 1st tu
    penat terdampar setelah semalaman bekerja keras
    isteri abam pulak senyum lebar tanda berpuashati dgn tusukan abam
    oh nikmatnya kahwin ni

    0

    0
  13. Anonymous says:

    sedih ngan org2 melayu ni klu komen mcm apa je.. doa baik2 sudah..tu hak die laa nak tayang ke x.. melayu dgn hasad dengki,cemburu,iri hati mmg xleh pisah dah,..

    0

    0
  14. anon says:

    baguslah kalau macam tu
    jgn pulak bila ko dah sadoo dan bini ko dah flawllesss gebuss asyikk manjang je share ” romantikas ” di media sosial ..naik rimass weii ..

    0

    0