Kalau tengok gambar kereta Myvi milik Abam Bocey yang terlibat dalam kemalangan, memang cuak rasanya. Alhamdulillah. Nasib baik Abam tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Hanya benjol di kepala sahaja. Kemalangan tersebut telah berlaku di Batu 10, Gombak kira-kira jam 8 pagi semalam. Kereta Myvi Abam telah bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan.
Abam juga telah bertemu doktor selepas kemalangan tersebut untuk mengesahkan status kesihatannya. Kata Abam:-
Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya. Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan.
Malang memang tidak berbau. Kadangkala kita sudah berhati-hati di atas jalan raya, namun kecuaian orang lain menyebabkan kita turut sama terlibat dalam kemalangan. Semoga Abam tabah dengan dugaan ini. Yang penting selamat dan tak cedera teruk sangat. Kereta boleh beli baru. Tak gitu?
P.S: Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Dengar cerita tiket laku macam pisang goreng panas. Baca review pun semua kata best. Confirm gelak tak ingat punya. Memang sesuai sangat nak lepaskan stress di tempat kerja dengan menonton filem ini. Sila cepat sebelum terlambat!!!