Abam Bocey Jauhi Makanan, Mulakan Misi Kecilkan Badan

Hiburan

Abam Bocey Jauhi Makanan, Mulakan Misi Kecilkan Badan

Sebelum ini, Abam Bocey pernah menjadi viral dengan ungkapan “Gemok Is Awesome”. Abam menyifatkan saiz badannya itu yang menyebabkan dia dikenali ramai sehingga memenangi anugerah Pelawak Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2015.

Ungkapan Abam pada masa itu mendapat perhatian jurulatih kecergasan selebriti, Kevin Zahri, yang merasakan tagline itu boleh menyebabkan orang yang mengalami masalah obesiti tidak berusaha mengurangkan berat badan manakala penyanyi dan komposer Aizat Amdan merasakan ungkapan itu hanyalah ‘ungkapan tipu diri’

Advertisement

Dalam satu muat naik ke Instagram baru-baru ini, Abam telah menulis bahawa dia kini menjauhi makanan kerana ingin menguruskan badan.

Jauhi makanan. Walaupun perubahannya kecil, api tak mengapa kecil-kecil lama-lama kecikkkkk!!! Usaha untuk perubahan…perlahan-lahan….. #kitausaha #misimengecil #gemokisawesome #taksukabolehjalan #kitabaikramaisayang

Usaha Abam itu mendapat sokongan pengikutnya yang memintanya melakukan perubahan secara perlahan supaya akhirnya mencapat berat badan yang diidamkan.

Sebenarnya, impian Abam bukan sesuatu yang mustahil. Ramai orang telah berjaya mengurangkan berpuluh-puluh kilogram berat badan melalui diet dan senaman. Buatlah macam manapun asalkan secara sihat, tidak perlu suplemen, pil atau minuman tambahan untuk kuruskan badan. Kalau Abam boleh dapatkan khidmat pakar nutrisi dan jurulatih peribadi lagi cantik.

Ganbatte, Abam! – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

20 Comments

  1. CKP

    January 8, 2018 at 6:17 pm

    Buat dulu..sembang kemudian. Takut nnti x nmpk plak hasil nye..wish u all the best abam..!

  2. mak cute

    January 8, 2018 at 8:26 am

    kena keje keras lebih sikit kena lak faktor umur…bkn senang nak kurus tp mmg senang nak gemuk…len kali dgr la nasihat kevin tu…bangga sgt dgn tagline gemok is awasome…skrg sendiri tau gemuk byk yg tak sihat dr sihat…org gemuk jgn terasa ok…think positif…

  3. kak mah kebabom

    January 6, 2018 at 2:34 pm

    Akak cdgkn abam join progrem kevin zahri..kalau abam brtul2 serius nk kurus secara sehat..cuti le sekjp dari aktiviti seni dan ikut progrem kevin…kwn akak yg dh join tu bagus katanye..tp dicipline is very2 importantante..gud luck abam

  4. Damia

    January 6, 2018 at 10:18 am

    Cadangan akak…buat je gastric by pass surgery kat KPJ Damansara Abam. Doktor yg memula2 bawa teknologi tu ke sini sblm doktor2 lain buat. Dah ramai org & celebrity buat surgery ni. Lpas tu baru start exercise. Sbb klau dh overweight….mmg payah sikit pe lagi Abam slalu kerja luar unless btol2 determine & disiplin yg tinggi. Nanti diet mcm yoyo sebelum dapat apa2 penyakit. Sayang…Abam masih muda & baru menikah. Gud luck!

    • Anonymous

      January 7, 2018 at 9:46 am

      Setuju dgn akak Damia.

  5. Jojo

    January 5, 2018 at 11:42 pm

    Tapi Abam kena buat diet cara betul dari segi kesihatan. Pergi doktor check seluruh badan dan jumpa doktor dan pakar diet yang akan buat program diet yang sesuai untuk badan Abam. Jangan pakai pil2 kurus bandan kat dalam Instashop sebab tak tau kesan sampingan pada organ2 Abam. Good Luck Abam.

Loading...