Abam Bocey Jauhi Makanan, Mulakan Misi Kecilkan Badan

Hiburan

Abam Bocey Jauhi Makanan, Mulakan Misi Kecilkan Badan

Sebelum ini, Abam Bocey pernah menjadi viral dengan ungkapan “Gemok Is Awesome”. Abam menyifatkan saiz badannya itu yang menyebabkan dia dikenali ramai sehingga memenangi anugerah Pelawak Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2015.

Ungkapan Abam pada masa itu mendapat perhatian jurulatih kecergasan selebriti, Kevin Zahri, yang merasakan tagline itu boleh menyebabkan orang yang mengalami masalah obesiti tidak berusaha mengurangkan berat badan manakala penyanyi dan komposer Aizat Amdan merasakan ungkapan itu hanyalah ‘ungkapan tipu diri’

Advertisement

Dalam satu muat naik ke Instagram baru-baru ini, Abam telah menulis bahawa dia kini menjauhi makanan kerana ingin menguruskan badan.

Jauhi makanan. Walaupun perubahannya kecil, api tak mengapa kecil-kecil lama-lama kecikkkkk!!! Usaha untuk perubahan…perlahan-lahan….. #kitausaha #misimengecil #gemokisawesome #taksukabolehjalan #kitabaikramaisayang

Usaha Abam itu mendapat sokongan pengikutnya yang memintanya melakukan perubahan secara perlahan supaya akhirnya mencapat berat badan yang diidamkan.

Sebenarnya, impian Abam bukan sesuatu yang mustahil. Ramai orang telah berjaya mengurangkan berpuluh-puluh kilogram berat badan melalui diet dan senaman. Buatlah macam manapun asalkan secara sihat, tidak perlu suplemen, pil atau minuman tambahan untuk kuruskan badan. Kalau Abam boleh dapatkan khidmat pakar nutrisi dan jurulatih peribadi lagi cantik.

Ganbatte, Abam! – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

20 Comments

  1. Anonymous

    January 5, 2018 at 11:04 pm

    Cuba bayang muka abam ni kalau kurus

    • abambino

      January 6, 2018 at 1:10 am

      lbh kurang cam adik dia ali kumpulan puteh tu

  2. Anonymous

    January 5, 2018 at 6:17 pm

    Sex is Awesome.Gemok is susah ngesex.#barunaksedar.#masagemuksikitjgnberlagak

  3. think

    January 5, 2018 at 5:24 pm

    Good luck abam..sy turun 8 kg 2 bulan sbb gemuk is mengah :)

    • will

      January 5, 2018 at 6:09 pm

      mcmana awk turunkn tu? share, sy 48kg tetiba pegi 56kg, semput…

  4. Sai don

    January 5, 2018 at 4:56 pm

    La baru nak sedar…bagus lah… jgn sombong dgn tagline tu negative….denar kata kevin..kalo dgr awal dah kurus awak sekarang….bnyk aktiviti terbatas termasuk seks…ini realiti..jgn kecam

    • miamore

      January 6, 2018 at 9:24 am

      sekarang dah kahwin….baru tau masalah kegemukan..dulu sapa pedulik..kan abam kan..tapi better cari kaunseling yg pro. baru lah berjaya..

  5. akak lidi

    January 5, 2018 at 4:26 pm

    bagus la abam. akak sokong sesangat usaha murni abam. takde maknanya gemuk is osem. gemuk is masam akak percaya.

    • Mat Ronggeng

      January 5, 2018 at 6:24 pm

      Abam Bocey…. Jangan jauhkan makanan. Makan makanan yg sihat berkhasiat under controlled calories intake.
      Apa kata Abam Bocey contact Kevin Zahari plan for exercise program and healthy eating program.
      We want you to be healthy and be in the industry as long as possible.

    • minah jambu say NO to drugs

      January 5, 2018 at 6:59 pm

      n jangan makan makanan yg berminyak n goreng gorengan..makan yg makanan yg rebos2 celor2..cuba abam try makan yg sebigini dlm masa satu bulan pasti akan nampak berubahan abam..

    • Anonymous

      January 5, 2018 at 11:06 pm

      Betul. Abam perlukan someone yg qualified utk guide and buat dia consistent dalam usaha nak turunkan berat badan. Kalau buat sendiri sorang2 payah jugak takut tak disiplin

    • minah jambu say NO to drugs

      January 5, 2018 at 6:57 pm

      pelan2 nanti kecik la badan abam tu ..kenape bini ada komlen berat ke ?