January 5th, 2018

Sebelum ini, Abam Bocey pernah menjadi viral dengan ungkapan “Gemok Is Awesome”. Abam menyifatkan saiz badannya itu yang menyebabkan dia dikenali ramai sehingga memenangi anugerah Pelawak Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2015.

Ungkapan Abam pada masa itu mendapat perhatian jurulatih kecergasan selebriti, Kevin Zahri, yang merasakan tagline itu boleh menyebabkan orang yang mengalami masalah obesiti tidak berusaha mengurangkan berat badan manakala penyanyi dan komposer Aizat Amdan merasakan ungkapan itu hanyalah ‘ungkapan tipu diri’

Dalam satu muat naik ke Instagram baru-baru ini, Abam telah menulis bahawa dia kini menjauhi makanan kerana ingin menguruskan badan.

Jauhi makanan. Walaupun perubahannya kecil, api tak mengapa kecil-kecil lama-lama kecikkkkk!!! Usaha untuk perubahan…perlahan-lahan….. #kitausaha #misimengecil #gemokisawesome #taksukabolehjalan #kitabaikramaisayang

Usaha Abam itu mendapat sokongan pengikutnya yang memintanya melakukan perubahan secara perlahan supaya akhirnya mencapat berat badan yang diidamkan.

Sebenarnya, impian Abam bukan sesuatu yang mustahil. Ramai orang telah berjaya mengurangkan berpuluh-puluh kilogram berat badan melalui diet dan senaman. Buatlah macam manapun asalkan secara sihat, tidak perlu suplemen, pil atau minuman tambahan untuk kuruskan badan. Kalau Abam boleh dapatkan khidmat pakar nutrisi dan jurulatih peribadi lagi cantik.

Ganbatte, Abam! – beautifulnara.com


20 responses to “Abam Bocey Jauhi Makanan, Mulakan Misi Kecilkan Badan”

  1. Anonymous says:

    org laki nak kurus senang je bbanding pompan

  2. Nd says:

    Abam, Pelan2 ya klu nk diet. Kami sokong abam dlm masa yg sama wife abam mesti gembira ??…

Loading...