November 13th, 2017

Sebelum ini, Abam Bocey pernah mengakui telah beberapa kali putus cinta. Pada satu ketika, dia juga dikatakan bercinta dengan seorang gadis manis dari Sabah, bagaimanapun dalam soal jodoh, manusia hanya merancang namun segalanya tertakluk kepada izin-Nya.

Melalui Berita Harian, Abam Bocey memberitahu bakal berkahwin dengan seorang gadis. Bukan dengan gadis Sabah yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, sebaliknya dengan seorang kenalan lama yang terputus hubungan dengannya sejak Abam sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelawak.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Menurut Abam, hubungan mereka terjalin semula baru-baru ini dan mereka merancang untuk mengadakan majlis pihak perempuan pada 8 Disember manakala majlis pihak Abam dilaksanakan keesokan harinya iaitu 9 Disember.

Abam memberitahu:

Saya mahu kumpul harta terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami. Apabila berkahwin, saya mahu ada kediaman sendiri.

Insya-Allah, saya akan membawa ibu tinggal bersama saya dan bakal isteri. Siapa lagi diharapkan membahagiakan ibu jika bukan anaknya sendiri.

Buat masa ini Abam belum mendedahkan bakal isterinya kepada umum namun sumber mengatakan cantik orangnya. Tahniah diucapkan buat Abam Bocey! – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...