Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang.
Difahamkan, notis temu siasat itu dikeluarkan selepas Aliff didakwa menggunakan nombor pendaftaran lain pada kenderaan mewah jenis McLaren miliknya.
Terkini, pihak JPJ memaklumkan Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai telah mengabaikan notis panggilan temu siasat tersebut. Lapor, Harian Metro.
Menurut Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang, usahawan itu tidak hadir memberi keterangan susulan isu nombor pendaftaran QPA1.
Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.
Bukan itu sahaja, pihak JPJ telah meminta bantuan polis untuk mengeluarkan waran dan mengesan Aliff di rumahnya.
Malah, Eric berkata tindakan Aliff mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar pihak JPJ.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.