‘Abah’ Trending Di Laman Twitter Selepas Dilantik, Ramai Teruja Mahu Lihat Khairy Jamaluddin Kembali Beraksi

Trending

‘Abah’ Trending Di Laman Twitter Selepas Dilantik, Ramai Teruja Mahu Lihat Khairy Jamaluddin Kembali Beraksi

Sejurus pengumuman Senarai Menteri Kabinet 2020 semalam oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin kembali menjadi bualan ramai. Pelantikan beliau sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kini membuatkan ramai teruja untuk melihat beliau kembali beraksi.

Baca: [TERKINI] Perdana Menteri Malaysia Akhirnya Umumkan Senarai Menteri Kabinet Baru 2020

Advertisement

Pelantikan Khairy Jamaluddin atau lebih terkenal dipanggil sebagai ‘Abah’ oleh pengguna media sosial ini disambut baik oleh ramai pihak sehinggakan #Abah trending di laman Twitter. Sebaik sahaja diumumkan, ramai yang memuatnaik ucapan tahniah di media sosial.

khairy jamaluddin

Khairy Jamaluddin sebelum ini memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 2013 sehingga 2018. Bekas Ketua Pemuda UMNO ini cukup aktif di media sosial terutamanya semasa beliau memegang jawatan tersebut. Mengimbau semula perjalanan beliau sebagai Menteri Belia Dan Sukan, beliau telah memperkenalkan program Fit Malaysia pada tahun 2014 yang masih diteruskan sehingga kini.

“Abah is back!”

Selain daripada aktif dalam arena politik, Khairy Jamaluddin juga pernah terlibat dengan photoshoot dan pernah menjadi penghias kulit depan majalah Unreserved. Gambar daripada sesi fotografi itu kemudian mula tular di media sosial dan mendapat pujian ramai. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Tall, Dark And Handsome”, Netizen Teruja Lihat Khairy Jamaluddin Photoshoot Ala-Ala Hero Hindustan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...