“Abah Sakit! Mata Tak Nampak..” – Bapa Pelajar Dig*lis Pegawai Polis Kongsi Detik Terakhir Anak, Ada Kesan Seretan Di Paha

Kehidupan

“Abah Sakit! Mata Tak Nampak..” – Bapa Pelajar Dig*lis Pegawai Polis Kongsi Detik Terakhir Anak, Ada Kesan Seretan Di Paha

Sedia maklum, berita mengenai seorang pelajar dilanggar oleh seorang pegawai polis secara sengaja pada Disember tahun lalu sememangnya menjadi perhatian ramai.

Terbaru, bapa kepada arwah Zaharif Affendi memberitahu kepada pihak Mahkamah Tinggi bahawa anaknya mengadu sakit dan matanya tidak boleh melihat selepas dilanggar oleh kereta berjenama Proton Ativa yang dibawa oleh pegawai polis terbabit.

Advertisement

‘Abah sakit! Abah sakit! Mata tak nampak”

Kata bapa arwah, Muhd Zamrie Zainal Abidin, sewaktu dia tiba di tempat kejadian, anak lelakinya sudah terbaring di tepi persimpangan Jalan Taman Jati 1 dalam keadaan meronta-ronta kesakitan dan dikerumuni orang ramai.

pegawai polis gilis pelajar

Menurut pesara tentera itu lagi, dia melihat arwah mengalami kecederaan di bahagian siku berlubang, muka lebam serta paha ada kesan seretan.

Saya menghampiri Zaharif dan menyatakan, ‘Ni abah ni…’ sambil melihatnya meronta-ronta kesakitan. Kemudiannya, saya mendengar Zaharif bercakap ‘Abah sakit! Abah sakit! Mata tak nampak.

Tiba-tiba arwah rehatkan badan, mata pandang ke atas..

Dalam pada itu, saksi turut memaklumkan Zaharif meronta-ronta sambil bangun duduk dan baring berulang kali walaupun sudah diberitahu untuk tidak berbuat demikian.

Selang beberapa minit kemudian, Zaharif tiba-tiba senyap dan matanya mula berkelip-kelip. Saya nampak Nur Zawanie bertindak memeriksa nadinya dan ketika itu, saya dan seorang ustaz sekolah yang berada di tempat kejadian meminta Zaharif untuk mengucap dua kalimah syahadat.

pegawai polis gilis pelajar

Kemudiannya, anak lelaki Zamrie itu mula merehatkan badan dan kaki arwah diluruskan sendiri, sambil matanya memandang ke atas sebelum tertutup.

Melihat keadaan arwah Zaharif, bekas pesara tentara itu meminta orang ramai memberi laluan kepada ambulans, sebelum dirinya tumbang akibat pengsan dan selang beberapa minit kemudian, anak perempuannya memaklumkan Zaharif sudah meninggal dunia.

kes adik zaharif
8 months ago

“5 Bulan Dalam Penjara Tak Sakit Pun Berbanding Sakit Adik Aku Tanggung Ketika Bertarung Nyawa” - Kakak Arwah Zaharif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...