Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memuat naik satu video di Instagram menunjukkan penghargaan terhadap anak-anaknya.
Menerusi kapsyen yang dibuat oleh Aliff, dia tidak kisah menjadi bahan kecaman netizen demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Abah sayang Ammar..Abah kerja keras untuk anak-anak abah semua, biar apa orang kata yang penting rezeki halal..korang setuju tak???”
Dalam pada itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak sebagai pembakar semangat untuk menempuh cabaran dan dugaan dalam hidup.
Kadang-kadang hidup ni terlalu singkat untuk menyimpan kenangan yang tak boleh diulangi…
…Terima kasih Allah hadirkan aku anak-anak yang baik sebagai peneman dan sahabat. Hidup di dunia ini banyak dugaan, kita kena kuat.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap penyayang dan tanggungjawab Aliff Syukri.
Sekadar info, Aliff Syukri sebelum ini pernah dikritik selepas dikatakan memarahi anak perempuannya yang enggan menari bersama untuk video TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: