“Abah…Abah…” – Hanya Dengar Jeritan Terakhir, Dua Beradik Maut Kebakaran Ketika Ibu Bapa Bersahur

Berita

“Abah…Abah…” – Hanya Dengar Jeritan Terakhir, Dua Beradik Maut Kebakaran Ketika Ibu Bapa Bersahur

Kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kedai telah mengorbankan dua beradik dalam kejadian pada awal pagi tadi di Bandar Seri Iskandar, Perak.

Ketika insiden jam 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan maut kerana terperangkap dalam bilik hadapan bangunan 2 tingkat berkenaan.

Advertisement

Menurut Berita Harian, kedua-dua mangsa sedang nyenyak tidur sementara ibu bapa mereka sedang bersahur di tingkat bawah.

Bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37 tahun berkata dia terus naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan anak-anaknya sebaik sahaja sedar akan kebakaran itu.

Bagaimanapun, hanya jeritan anaknya yang didengari buat kali terakhir,

Abah…abah….”

Jeritan anak sulungnya itu didengari ketika dia menaiki tangga dan Fazlan sempat menyahut dengan harapan anaknya dapat bertahan sementara dia cuba membawa mereka keluar.

Beberapa orang telah cuba membantu dengan memanjat papan tanda dan pecah cermin hadapan kedai dengan harapan dapat masuk ke bilik.

Tetapi tak lama jeritan itu hilang, saya cuba masuk, tetapi tak berdaya kerana sesak nafas, tiga kali saya usaha, namun tidak juga berjaya.”

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan kebakaran nyata pada tubuh mereka dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang.

ellisa
3 years ago

(VIDEO) "Saya Berlari Ke Rumah Jiran" - Tragedi Renjatan Elektrik, Anak Sulung Kongsi Kisah Sebenar Kejadian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...