Abang Nara tak tahulah orang lain, tapi Abang Nara memang excited dan bersyukur apabila dapat tahu wife disahkan mengandung. Pejam celik pejam celik, dah hampir 7 bulan dah rupanya. Dan untuk merakamkan detik ketika mengandung, Abang Nara telah pun ditawarkan oleh Newborn Pix untuk mengambil gambar kami.
Sepanjang sesi fotografi, Abang Nara dan wife sangat-sangat gembira kerana team Newborn Pix sangat mesra. Lagi best, kekreatifan mereka sangat-sangat membuatkan kami berdua teruja. Gambar yang diambil semua cantik-cantik belaka. Memang sesuai sangat untuk diprint, disimpan dan ditunjukkan kepada anak kami apabila dia besar nanti.
Kalau anda juga teringin untuk merakamkan detik terindah bersama wife yang sedang mengandung, jangan malu jangan segan untuk ke Facebook Newborn Pix. Mereka sangat-sangat peramah dan helpful orangnya. Lagi beberapa keping gambar sekitar penggambaran bersama Newborn Pix dengan membaca entri ini sepenuhnya.