Antara kontroversi yang timbul dari ABPBH kali ini ialah Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2011 melalui medium Twitter. mStar Online telah menghubungi Aaron semalam dan menyatakan yang dia berpendapat tindakan Zed Zaidi sebagai perlakuan tidak matang, apatah lagi untuk Timbalan Presiden Seniman.
Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.
Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya.
Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sempadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia.
Aaron juga menyuarakan harapannya untuk permohonan mendapat taraf penduduk tetap negara Malaysia dapat diluluskan dengan segera bagi membuktikan nilai profesionalnya sebagai seorang pelakon.
Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak.
Khabarnya, Aaron bakal terlibat dengan filem Cicakman 3 terbitan KRU Studios tidak lama lagi. Mantap!
sakala595
May 13, 2012 at 8:19 am
zed zaidi jaga sikit mulut………………………………….awwat takdak mulut ka nk jaga…………………………Aaron aziz tk slah hg tu yg slah……………….klau tk puas hati mai la……..bongok dan tua…………….one more your isteri aaron aziz cantik dan cute……………….
Anonymous
May 13, 2012 at 11:23 am
sebernanya kita gurau je…………………………………..jgn marah…………………
Anonymous
April 16, 2012 at 5:40 pm
walaupun aku minat lakonan aaron aziz tp aper yang zed zaidi suara kan memang aku sokong 300% lah. cuba buat vote untuk artis malaysia…dah sah2 diorang pun apa yang diutara kan oleh zed zaidi tu….. jangan nak propa lah
Anonymous
April 17, 2012 at 2:47 pm
btol2…ape yg zed zaidi katekn tu btol la…org je byk pusing statement nye….bodo..bgi mat haron tu menang watpe..
zed xbest
April 16, 2012 at 2:42 pm
bt la 1 filem kt dia ka drama ka.. bt sembilu lg2 gila2 ka.. dah kemaruk nak trofi x penah dapat2 tu…da dapat diam la…. kecah jer lebih preseden ok je dia plak nak kecoh2..