Beberapa tahun dahulu, pelakon Aaron Aziz sering mencairkan hati ramai wanita diluar sana apabila melakonkan watak sebagai lelaki romantik didalam drama dan filem. Antara lakonan terbaik Aaron adalah menerusi drama Nora Elena dan filem Ombak Rindu. Namun, kini beliau jarang melakonkan watak tersebut dan Fattah Amin pula dilihat sudah berjaya mencantas popularitinya dalam melakonkan adegan tersebut.
Walaubagaimanapun, Aaron sedikit pun tidak merasa cemburu dengan kejayaan Fattah dan menyifatkan ia adalah rezeki Fattah pula untuk bergelar bintang.
Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi. Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif.
Betul apa yang dikatakan Aaron untuk apa kita harus cemburu pada orang lain. Rezeki masing-masing dalam dunia hiburan.