Abang Nara ada pernah terbaca sebelum ini satu artikel yang menyatakan Aaron Aziz sedang stress akibat tidak mempunyai permit untuk menjadi pengarah filem. Hari ini menerusi Instagramnya, Aaron Aziz mempersoalkan kenyataan artikel tersebut.
Aaron Aziz menjelaskan yang Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberitahunya yang sebagai PR di Malaysia, dia boleh melakukan semua perkara kecuali mengundi. Di bawah ialah penjelasan penuh Aaron yang ditulis di Instagramnya.
Bila nak buat statement sila check dulu. Nak mengarah kena ada permit ke? Sedangkan KDN bagitau saya yg sebagai Penduduk Tetap (PR) di M’sia saya dapat benefit yg sama dan boleh kerja apa apa pun cuma tak boleh undi. Dan saya akan rujuk kenapa saya perlu bayar sebanyak RM1500 kalau saya boleh dianggap BUKAN perkerja asing.
Aaron Aziz turut sama memuatkan gambar resit rasmi pendaftarannya sebagai ahli FDAM.
Kadang-kadang kasihan juga melihat nasib Aaron Aziz ini. Tak habis-habis ditimpa kontroversi. Mungkin ramai yang cemburu dengannya. Bagi Abang Nara, tak perlulah cemburu tak bertempat. Rezeki masing-masing. Jadi tak perlu nak pertikaikan tanpa alasan yang munasabah. Tak gitu?