Aaron Aziz Pernah Mandi Di Stesyen Minyak Sebelum Popular

Hiburan

Aaron Aziz Pernah Mandi Di Stesyen Minyak Sebelum Popular

Berusaha tangga kejayaan. Pepatah ini sememangnya sangat sesuai dengan Aaron Aziz yang menghiasi muka depan B*pop minggu ini. Pengorbanan yang dilakukan sebelum menempah nama di Malaysia sememangnya sangat berbaloi dengan kepopularitian yang dikecapi saat ini.

aaron aziz rc

Advertisement

Menurut Aaron Aziz, dia pernah menumpang mandi di stesyen minyak dan menukar baju di dalam kereta ketika mula-mula berlakon:-

Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit. Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.

aaron aziz rc
Memang agak pilu mendengar kata-kata Aaron Aziz. Bukan Aaron Aziz sahaja yang terpaksa berkorban, anak dan isterinya turut sama mengambil langkah berjimat cermat:-

Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit. Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian.

aaron aziz rc

Kepada pelakon yang baru hendak naik, contohilah ketabahan Aaron Aziz dan keluarga. Kata orang, bukan senang nak senang. Susah payah itu asam garam kehidupan. Abang Nara semakin respek kepada Aaron Aziz selepas mendengar kisahnya ini. Semoga kerjaya Aaron Aziz akan terus maju jaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

119 Comments

  1. zonks

    April 3, 2012 at 11:41 am

    gambar yg second tu klaka gila. mcm aaron aziz tak berselera tgk si plastik tu :P :P btw aah la tgn dia nmpk pelik! salah edit kot

  2. sayapunhensem

    April 3, 2012 at 12:26 am

    patutnya tambah lagi “..Nasib baik muka saya hensem, senang sket nak cari makan..”

  3. Ampun tuanku!

    April 2, 2012 at 11:45 pm

    Kalau aku silap, mintak betulkan aku ye.
    gambar no 2 tu..
    aba berapa tangan agaknya disitu? ~_^
    perasan tak?

    • Anonymous

      April 3, 2012 at 11:36 am

      a’ah kan…

  4. Mel

    April 2, 2012 at 10:18 pm

    muka trademark bila ambik gambar…sooo not natural. agaknya hari2 dia practice posing macam tu depan cermin .

  5. syampu sunsilk

    April 2, 2012 at 11:13 am

    harap aaron aziz xberubah hati pada wanita lain..semoga perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat..semoga Allah berikan kesabaran yg besar kpd isteri AA.. kalau aku la kn mmg xrela la..laki duk tenung2 pompuan lain walau berlakon sekalipun..

Loading...