April 1st, 2012

Berusaha tangga kejayaan. Pepatah ini sememangnya sangat sesuai dengan Aaron Aziz yang menghiasi muka depan B*pop minggu ini. Pengorbanan yang dilakukan sebelum menempah nama di Malaysia sememangnya sangat berbaloi dengan kepopularitian yang dikecapi saat ini.

aaron aziz rc

Menurut Aaron Aziz, dia pernah menumpang mandi di stesyen minyak dan menukar baju di dalam kereta ketika mula-mula berlakon:-

Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit. Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.

aaron aziz rc
Memang agak pilu mendengar kata-kata Aaron Aziz. Bukan Aaron Aziz sahaja yang terpaksa berkorban, anak dan isterinya turut sama mengambil langkah berjimat cermat:-

Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit. Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian.

aaron aziz rc

Kepada pelakon yang baru hendak naik, contohilah ketabahan Aaron Aziz dan keluarga. Kata orang, bukan senang nak senang. Susah payah itu asam garam kehidupan. Abang Nara semakin respek kepada Aaron Aziz selepas mendengar kisahnya ini. Semoga kerjaya Aaron Aziz akan terus maju jaya.


119 responses to “Aaron Aziz Pernah Mandi Di Stesyen Minyak Sebelum Popular”

  1. akmar says:

    sy org msia,tp sy follow aaron sejak dia masih di sngapura even b4 die kawen lg,bila masuk msia sy tkut die tk diterima,tp akhirnya die brjaya buktikan bahawa kerja keras mmg mmbuahkan hasil..mmg ralat bila bkn wrganegara msia yg menang,tp tu rezeki die,die brjaya tmbat hati peminat dgn hasil kerja die.tk mcm org yg tau complain je,dorg tk byk diambil brlakon ke,jgn la mrh org lain.mungkin tk pndai amik hati peminat ke,kn..apapun,mmg support aaron aziz..

  2. ??? says:

    Betul ke dulu AA tu sengkek? sblm dtg sini kan dia byk juga brlakon kat spore, terutama tv SURIA dan CHANNEL 5. dia pun pernah menang anugrah kat sana, maknanya mmg masyuk lah kan seblom dtg sini. apapun mamat ni mmg aku minat lah jugak… RCW aku tak minat. pakai baju ketat2, pakai skirt singkat2, pakai mekap pekat2…

  3. shasha says:

    cer korang tgok rozita tu tengkuk n tgan dia bkedut klu korang prasan. muka je tgang. dh tu blakon ska sgt pkai bju ketat kt dada. wt mlu betol je

  4. orkid purple says:

    lama2 aku tengok che ta nie dah macam jelmaan mak lampir plak..seraaammm mak…..

  5. Anonymous says:

    respek isteri aaron dan semua isteri2 di luar sana yg setia bersama suami di saat susah tapi berapa kerat jer yg setia dekat isteri di saat senang. tahniahla aaron kerana hari tua anda akan lebih bermakna

Loading...