April 12th, 2012

Kasihan juga apabila pelakon kacak yang juga merupakan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz risau permohonannya untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia tertangguh berikutan tersebarnya berita yang dia telah pun mendapat taraf tersebut.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Aaron memberitahu yang permohonannya sebenarnya sedang diproses oleh pihak berkuasa.

Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.

Berita ini mula tersebar di media sosial sejak semalam  dan dilaporkan juga di blog-blog hiburan (bukan BeautifulNara) seperti berita sahih.

Dalam perkembangan lain, Aaron sedang berlakon dalam drama bersiri 20 episod Adam dan Hawa, manakala perkembangan lain yang lebih menarik, ada pihak yang mendakwa mereka ialah Aaronators FC telah menggodam akaun Fanpage Zed Zaidi semalam, berikutan ketidakpuasan hati aktor itu dengan kemenangan Aaron di ABPBH.


128 responses to “Aaron Aziz Nafi Dapat Taraf Pemastautin Tetap, Risau Permohonan Tertangguh Akibat Berita Palsu”

  1. peminat adam & hawa says:

    bukan 20 episod la abgnara, tp 80 episod, kt Astro Bella july ni..hehehe

  2. sepatu tua says:

    biar la aaron aziz dapat PR tue.sekurang-kurangnya, nampak sumbanganya pada industri kita.menyerikan lagi industri yang memang sedang berkembang pesat.bumi ni kan luas.rezki Allah ada di mana2.rezki aaron dah tertulis kat malaysia.mat-mat indon and bangla yang tak berapa jelas pun sumbangannya pada negara leh dapat cepat PR tu, apatah lagi kalau org yang memang dah jelas sumbangannya.

    • sepatu baru says:

      besar sgt ker sumbgn AA nie pd negara wahai sepatu tua???aku konfius dgn ko nie. ada bukti kukuh ker yg mengatakn mat2 bangla @ indon dpt PR dgn cpat??? mat2 indon n bangla yg ko pndng sebelah mata tula byk bg smbgn dlm pemodenan ngr ( jgn menidakkan). sape yg berdiri kat tgah jln ry buat jln utk kt, sape yg bnyk keje dlm construction buat rumh utk inds hartnh kt, sape yg kerje dlm bidang pertanian. boleh ko kate smbgn diorg xjelas. ko kne akui la kdtgn mat2 indon n bangla. bkn aku sokong diorg nie tp at least smbgn yg diorg mainkn lg besar kot drpd artis nie. aku xmenafikan hiburn ptng tp ada bnd lain yg lbh ptng. so jgn kerana dia popular, u sng2 nk bg PR. pikir sikit bro.

  3. Adik tiri Irman says:

    Oi irman kali terahkir aku cek, kat sini bukan untuk kenalan. Tak senonoh. .l.

  4. Mono says:

    Adoi hai xle thn aku ngn bdk Irman hazz ni.ko ni msti jntn lembut kan ngn ayt2 ko pstu nk bkenalan bagai lak kt cni.hahaha…

  5. entahlah says:

    try baca nie…teliti betul2 mmg ayat disusun rapi tapi ada tak AA sebut alasan selain nak kembangkan bakat, kerja & ssh ulang alik?cth mcm saya mula membaca sejarah malaysia & memahami adat resam disini, mula2 PR dlu pastu apa nak?

    • Dato minah jambu 24jam mengadap conputer says:

      sial nye komen kau ! kenape kecoh2 ni ! Aaron baru aje nk jadi pendudok tetap kt mlaysia itu pn lm approve lagi dhhhhhhhh kecoh satu mlaysia……belom lagi Aaron jadi wakil rakyat ke pe……….dorang sebenar nye jeles ngan Aaron pasal Aaron kn hensem popular pulak tu….dh lah popular menang pulakkkkkkkkkkk anugerah pelakon paling paling popular ! ape lagi membuak2 lah kesakitan hati dorang2 ni …..ni lah manusia tk boleh tengok orang lebih sikit n tk boleh tengok orang popular n senang …ape salah nye Aaron nk jadi PR kt mlaysia ? salah ke? bukan Aaron sorang yg di calon kn di ABPBH artis mlaysia pn ada pe ! dh peminat2 mlaysia undi Aaron nk ape kn ? elehhhh orang melayu memang macm tu suka prangai !!! lov u Aaronnnnnnnnn..

Loading...