September 2nd, 2020

Bertindak berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding dengan keadaan yang berterabur, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan robohan tersebut merupakan pusat Tahfiz miliknya di Pulau Langkawi.

Aaron Aziz Kecewa Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Dirobohkan

Menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, Aaron dilihat kecewa dengan perkara tersebut.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak-anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah.”

Dalam pada itu, Aaron juga turut menegaskan orang ramai supaya tidak bertanyakan sebab mengapa perkara itu berlaku. Hal ini kerana, ia merupakan kejadian yang tidak dapat dikawal oleh pihaknya.

Aaron Aziz Kecewa Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Dirobohkan

“Please jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen entri terbabit, dilihat segelintir rakan-rakan artis yang rapat turut bertanyakan hal tersebut di ruangan berkenaan, namun pelakon drama rantaian Tuan Anas Mikael itu enggan mengulas lanjut susulan kejadian yang berlaku.

Aaron Aziz Kecewa Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Dirobohkan

Dalam pada itu, ramai pengikutnya khususnya peminat tegar pelakon tampan itu dilihat tidak ketinggalan mendoakan agar segalanya akan menjadi lebih baik terutamanya untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa dengan apa yang berlaku.

Sekadar informasi, Aaron antara selebriti yang sering melakukan kerja-kerja amal seperti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, namun beliau dilihat tidak banyak berkongsi hal tersebut di laman sosial. Apa-apa pun, semoga pusat tahfiz tersebut dapat dibina kembali dan beransur pulih seperti yang dirancang.


One response to “Aaron Aziz Kecewa Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Diroboh”

  1. Kiki says:

    pusat tahfiz tak berdaftar?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...