Pelakon dan juga usahawan, Aaron Aziz mengakui terkejut dan sedih apabila membaca keratan akhbar yang menyatakan dirinya telah menjadi salah satu punca penceraian dalam kalangan suami isteri.
Ujar pelakon filem Ombak Rindu ini, dia berharap agar pasangan yang bercerai disebabkan oleh faktor terlalu minat dapat rujuk kembali demi anak-anak mereka dan juga amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Perkara tersebut diluahkan Aaron menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia ada memuat naik keratan akhbar yang bertajuk ‘PUBG, Tupperwate, Aaron Aziz Alasan Cerai.’
Ya Allah..saya baca ni, saya berasa sedih. Saya sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia. Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah.
Menerusi artikel tersebut, punca penceraian melibatkan pelakon itu adalah apabila si isteri terlalu meminati aktor tersebut sehingga hilang pertimbangan.
Meninjau ke ruangan komen, lain pula reaksi pembaca apabila mereka menyangkakan bahawa Aaron Aziz telah bercerai dengan isterinya akibat tupperware dan juga permainan PUBG.
“Terkejut baca, mula ingat Aaron Aziz bercerai sebab PUBG dan Tupperware. Maaf bro, minta simpang. Saya doakan awak serta isteri panjang jodoh hingga ke jannah.” komen seorang netizen di ruangan komen hantaran yang dimuat naik Aaron itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.