Walaupun dihimpit kontroversi selepas kemenangannya di ABPBH2011 baru-baru ini, Abang Nara respek dengan Aaron Aziz kerana sentiasa tenang dan cool. Tak pernah rasanya Aaron Aziz melatah, marah ataupun mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan ketidakmatangannya. Senang cerita, Aaron Aziz memang seorang gentleman.
Dan untuk bulan Mei 2012, majalah BY’U telah pun memilih Aaron Aziz sebagai penghias muka hadapan majalah mereka. Dengan tajuk “Gentleman Rebutan”, rasanya Aaron Aziz mungkin direbut oleh produser-produser untuk membintangi drama dan filem. Pastinya bukan menjadi rebutan di kalangan wanita kerana Aaron Aziz sedang bahagia bersama isteri dan anak-anak yang tercinta.
Jangan lupa dapatkan majalah BY’U yang terkini untuk membaca info terbaru tentang Aaron Aziz.