Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aaron Aziz Bakal Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Bulan Depan

Pelakon popular Aaron Aziz tidak dapat menahan rasa teruja dan syukur apabila bakal mengerjakan umrah bersama isteri tercinta dan tiga orang anak mereka pada bulan November nanti.

Advertisement

Ini merupakan kali pertama anak-anaknya iaitu Danish Anaqi,  Dwi Ariana dan Dahlia Arissa ke Mekah untuk melakukan ibadah umrah. Aaron pada masa yang sama mengharapkan orang ramai mendoakan perjalanan beliau sekeluarga ke Tanah Suci akan berjalan dengan lancar.

Sebelum ini saya ke Makkah tanpa mereka, tetapi ini akan menjadi pengalaman pertama anak-anak mengerjakan umrah.

Jika mengikut perancangan, saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan Haji bersama selepas ini. Doakan semoga perjalanan kami ke Tanah Suci nanti berjalan lancar.

Alhamdullilah, Aaron dan keluarga cukup bertuah kerana diberikan peluang untuk melakukan ibadah umrah bersama. Harapnya segala urusan untuk ke Tanah Suci dan ibadah mereka disana nanti berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama