Ahad ini, satu anugerah pilihan rakyat Malaysia iaitu ABPBH 2011 akan berlangsung. Kalau tahun ABPBH 2010 menyaksikan Anugerah Bintang Paling Popular menjadi milik Shaheizy Sam, tahun 2011 Abang Nara yakin dan pasti ianya akan menjadi milik Aaron Aziz.
Walaupun ada suara yang menyatakan Aaron Aziz tidak boleh memenangi anugerah berprestij ini kerana dia adalah warganegara Singapura, Abang Nara isu ini tidak patut ditimbulkan. Tanpa Aaron Aziz, tahun 2011 kita pasti hambar tanpa lakonan mantap seperti dalam drama Nora Elena, filem Ombak Rindu dan macam-macam lagi.
Yang pastinya, wajah kacak, lakonan mantap dan senyuman manis Aaron Aziz telah berjaya meruntun jutaan rakyat Malaysia sepanjang tahun 2011. Adakah kesemua itu mencukupi untuk melayakkan Aaron Aziz merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2011 Ahad ini? Sama-sama kita nantikan.