April 1st, 2013

Tahun 2012 ialah tahun yang sangat menggembirakan buat Abang Nara. Tanggal 13 Februari 2012, Abang Nara bergelar seorang ayah dengan kehadiran seorang bayi lelaki. Diberi nama Aariz, anak Abang Nara telah menjadi penyeri kehidupan kami suami isteri.

wandus

Bila sudah ada cahaya mata, memang banyak gambar-gambar si comel ini kami ambil untuk dijadikan kenangan. Dekat laptop, handphone dan kamera Abang Nara ada beribu-ribu gambar si Aariz. Kesemuanya comel belaka macam ayah dia. Hehehe ~~
wandus

Namun ada satu masalah yang timbul apabila ahli keluarga lain nak tengok gambar-gambar Aariz daripada kecil sehingga sekarang. Abang Nara suruh diorang tengok di computer tapi diorang kata tak ada “feel”. Lepas itu adik Abang Nara suruh buat album sebab katanya gambar kat computer nie boleh hilang bila-bila masa sahaja. At least kalau ada album selamat sikit.

wandus

Maka Abang Nara pun mula mencari di Google mengenai laman web yang memberikan perkhidmatan membuat album secara online. Lama jugak proses pencarian ini berlaku. Akhirnya Abang Nara terjumpa laman web www.wandus.com . Maka bermulalah pengembaraan membuat album untuk abang Abang Nara bersama Wandus.

wandus

Idea Wandus sangat simple dan menarik. Wandus menyediakan satu applikasi yang diberi nama Wandus Maker. Langkah pertama Abang Nara lakukan ialah download program tersebut. PERCUMA sahaja tak perlu bayar apa-apa. Selepas itu, upload gambar-gambar yang ingin dijadikan album, kemudian Abang Nara susun gambar-gambar tersebut mengikut kehendak hati dan tambah sedikit “caption” untuk menerangkan cerita di sebalik gambar tersebut.

wandus

Secara jujur, Wandus Maker ini sememangnya memudahkan proses pembuatan album terutama untuk Abang Nara yang tak pandai menggunakan Photoshop. Wandus Maker mempunyai fungsi untuk mencantikkan album dengan effect-effect tertentu. Paling Abang Nara suka ialah fungsi “page style” yang secara automatik akan menyusun gambar kita mengikut pilihan yang dibuat.
wandusWandus Maker sangat mudah digunakan dan user friendly. Tak sampai 20 minit Abang Nara dah boleh faham konsepnya. Namun sayangnya, disebabkan gambar Aariz yang terlalu banyak (ribuan keping), Abang Nara hanya berjaya menyiapkan album ini selepas 3 hari bersengkang mata memilih gambar. Mudah sangat nak cukupkan 40 muka surat minimum di dalam “Premium Series” yang Abang Nara tempah.
wandus

Satu perkara yang paling buat Abang Nara teringin sangat mengunakan perkidmatan Wandus ialah harganya yang sangat berbaloi. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Album yang ditawarkan pun nampak sangat berkualiti tinggi. Tak sabar rasanya nak tengok gambar-gambar Aariz di dalam album yang sudah siap nanti. Bila Abang Nara baca testimonial pengguna Wandus yang lain, memang makin teruja dibuatnya.
wandus
Selesai men”design” album Aariz, Abang Nara pun meneruskan dengan pembayaran. Mudah sangat proses ini sebab banyak saluran yang boleh digunakan. Maybank2u boleh, CIMB boleh, kad kredit boleh dan macam-macam lagilah. Yang bestnya, segala proses tempahan, memuatnaik album dan penghantaran akan diberi status secara email. So tak adalah terlepas perkara-perkara penting.

10 hari selepas proses pembayaran dilakukan, album Wandus akhirnya sampai di tangan Abang Nara. Memang cantik sangat-sangat. Kualiti terbaik. Finishing job yang sangat kemas, kualiti cetakan yang sangat baik dan paling penting, album yang diterima adalah sebijik dengan apa yang Abang Nara design di Wandus Maker.
wandusAbang Nara respek dengan Wandus kerana betul-betul serius menjaga kualiti seperti yang dijanjikan. Memang janji ditepati. Wife Abang Nara pun gembira sangat-sangat. Siang malam asyik membelek album Wandus je. Memang terbaik.
wanduswandusNampaknya selepas ini Abang Nara akan buat lagi album untuk anak Abang Nara menggunakan Wandus. Album yang ini untuk aktiviti Aariz sepanjang tahun 2012. Mungkin awal tahun depan akan buat album aktiviti sepanjang tahun 2013 pulak.
wandusAbang Nara sarankan kepada anda yang berkeluarga supaya menggunakan Wandus untuk buat 1 album 1 tahun. Bolehlah masa santai duduk tengok bersama-sama. Sambil tengok album sambil mengeratkan hubungan, Selain itu Wandus juga sesuai untuk jurugambar-jurugambar, traveler-traveller dan event organizer.
wandusAbang Nara dah share album Wandus Abang Nara di Facebook sebab teruja sangat dengan kualiti yang diberikan. Senang je nak share. Cuma perlu login di dalam Wandus Centre menggunakan ID anda, klik pada album yang sudah siap dan tekan butang share. Mana tahu lepas share ada kawan-kawan Abang Nara yang dapat idea untuk buat album jugak. Tak gitu?
wandusJadi tunggu apa lagi? Usharlah laman web www.wandus .com sekarang jugak. Dengar cerita sekarang ini ada diskaun istimewa sempena pelancaran rasmi Wandus. Sila cepat sebelum diskaun ini tamat. Selamat membuat album bersama Wandus~~


Comments are closed.

Loading...