Aariz & Arissa Mengkreatifkan Diri Untuk Disney Junior: Animate Your Imagination

Hiburan

Aariz & Arissa Mengkreatifkan Diri Untuk Disney Junior: Animate Your Imagination

Selamat pagi!!! Hari ini Abang Nara nak bercerita tentang 2 orang anak Abang Nara iaitu Aariz dan Arissa. Alhamdulillah kedua-duanya membesar dengan sihat. Aariz kini sudah pun berusia 4 tahun sementara Arissa pula akan berusia 2 tahun pada bulan Ogos ini.

aariz arissa

muka kena paksa pakai baju Manchester United

Sepanjang tumbesaran mereka (amboi macam dalam kelas Biologi), Abang Nara dapat lihat betapa berbezanya anak lelaki dan anak perempuan. Yang si Aariz suka main kereta, robot Transformers dan menyepak bola. Sementara yang Arissa pula suka main anak patung, masak-masak, suap makanan dekat anak patung dan berlakon jadi emak. Masing-masing ada keletah dan kecomelan tersendiri.

Advertisement
disney

rare occasion di mana Aariz dan Arissa main bersama-sama

Namun ada satu persamaan antara Aariz dan Arissa. Kedua-duanya suka layan kartun-kartun Disney di saluran 613 Disney Junior. Antara feveret Aariz ialah Jake and The Neverland Pirate, Mickey Mouse Club House dan Chuggington. Sementara feveret Arissa pula ialah Doc Mcstuffin, Sofia The First dan Sheriff Calie. Bila kartun feveret masing-masing keluar di tv, masing-masing melonjak keriangan dan berlakon jadi karekter feveret diorang. Imaginasi masing-masing memang tinggi.

disney

Seperti biasa pada satu hari ketika Aariz dan Arissa tengah conquer tv dengan menonton saluran Disney Junior, Abang Nara terperasan ada iklan yang agak menarik iaitu “Disney Junior: Animate Your Imagination”. Sesuai sangat untuk Aariz dan Arissa yang mempunyai imaginasi tinggi dan selalu berlakon jadi karekter kartun Disney. Inilah peluang untuk Aariz dan Arissa masuk tv dan jadi femes macam ayahnya!!!

Fuh excited Abang Nara dibuatnya. Selepas membaca dengan lebih lanjut di laman web http://disneyjunior.disney.my/animate-your-imagination , senang je rupa-rupanya nak join “Disney Junior Animate Your Imagination” ini. Abang Nara hanya perlu ambil gambar atau video Aariz dan Arissa bercerita tentang imaginasi mereka dengan tema Princess, Pirate atau Space Adventure. Boleh ke Aariz dan Arissa melakukannya? Nasib baik ada kit mewarna Disney Junior yang memudahkan lagi Abang Nara melakukan percubaan.

disney

Arissa dah ready nak menconteng dah tue

Mari kita tengok hasilnya!!!

disney

ok gaya nak start coloring dah ada tue

disney

Arissa dah start colour dah tue. Jadi apa nanti tue?

disney

Aariz pulak tengah lukis apa tue?

disney

Aariz macam tengah lukis rumah. Hmmmmm

Walaupun Abang Nara agak hampeh dalam lukisan, nampaknya Aariz dan Arissa ada potensi untuk menjadi pelukis. Kena asah sikit lagi je tu. Lepas ni Abang Nara nak try merealisasikan imaginasi mereka dalam bentuk lukisan atau video untuk menyertai “Disney Junior:Animate Your Imagination”. Kepada anda yang ada anak-anak yang kreatif seperti Aariz dan Arissa bolehlah cuba menyertai contest mudah ini. Untung-untung boleh masuk tv.

disney

Ingat ye tema yang boleh digunakan ialah Princess, Pirates dan juga Space Adventure. Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut layari http://disneyjunior.disney.my/animate-your-imagination.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...