“‘Aargh Panas!”- Raungan Wanita Didakwa Dalam Kubur Pada Pagi Raya Jadi Tumpuan Netizen

Kehidupan

“‘Aargh Panas!”- Raungan Wanita Didakwa Dalam Kubur Pada Pagi Raya Jadi Tumpuan Netizen

Sudah menjadi kebiasaan, umat Islam pastinya akan menziarahi pusara ahli keluarga yang sudah tiada apabila tiba hari raya.

Namun, perkongsian daripada seorang individu ini telah mencuri tumpuan ramai gara-gara ‘suara’ misteri yang didakwa muncul dari kubur.

Advertisement

Difahamkan, individu itu bersama ahli keluarganya yang lain sedang membersihkan kawasan persekitaran pusara sebelum kedengaran suara misteri yang berjaya dirakam individu berkenaan.

Menurut individu itu, dia hanya menonton rakaman ketika di pusara itu setelah seminggu ia diambil.

Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara seseorang merintih kepanasan selama beberapa saat sebelum hilang.

Menurutnya, dia tidak tahu dari mana suara itu datang dan kekal menjadi misteri.

suara wanita dirakam dari dalam kubur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa ia hanyalah tipu daya syaitan kerana azab kubur tidak boleh didengari oleh jin dan manusia yang masih hidup di dunia.

Namun, terdapat juga warga maya yang berkongsi pengalaman mereka yang sama dengan individu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Trend Berjoget Untuk Terima Duit Raya Boleh Jatuh Hukum Haram" - Mufti Terengganu
2 days ago

"Trend Berjoget Untuk Terima Duit Raya Boleh Jatuh Hukum Haram" - Mufti Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...