Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan

Hiburan

Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan

Berita yang agak menyedihkan untuk peminat filem Bollywood amnya dan peminat Aamir Khan khususnya. Pelakon hebat yang menunjukkan mutu lakonan tahap tertinggi dalam filem Three Idiots ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan. Menurut Aamir Khan, keputusan ini diambil kerana peminat tidak lagi mahu melihat lakonannya. Hmmmm. Iye ke?

aamir khan

Advertisement

Bagi Abang Nara filem Three Idiots adalah salah satu filem terbaik Bollywood yang pernah Abang Nara lihat. Memang lain daripada yang lain. Agak rugi juga sekiranya Aamir Khan bersara. Namun Abang Nara pasti pelakon hebat ini telah berfikir semasak-masaknya sebelum mencapai keputusan ini. Kata Aamir:-

Baru-baru ini kami telah melancarkan sebuah filem berjudul PK dan pada waktu tersebut kebanyakan wartawan menemu bual pelakon lain dan bukan saya, padahal saya yang memegang watak utama dalam filem tersebut.

Disebabkan hal itu, saya sedar kini diri ini tidaklah sehebat dan terkenal berbanding dahulu. Justeru, saya mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan.

aamir khan

Walaupun tidak lagi berlakon, diharap Aamir Khan akan terus mengarah filem Bollywood. Mungkin sudah tiba masa untuk Aamir membentuk pelakon generasi baru untuk menjadi sehebat dirinya satu ketika dahulu. Good luck and all the best buat Aamir Khan. Apa lagi filem lakonan Aamir Khan yang menjadi kegemaran anda? Kongsikan di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...