Sekali lagi tampil ‘mengusik’ netizen, Neelofa baru-baru ini ada memuat naik foto anak kesayangan, Bilal yang sedang berbaring di Instagram.
Sering saja menjadi tumpuan, kali ini netizen nampaknya sudah ‘jemu’ dengan tindakan selebriti terkenal itu yang masih tidak menunjukkan wajah si kecil itu buat tatapan netizen.
Dalam pada itu, foto Bilal berbaring itu juga menjadi bahan kecaman netizen apabila didakwa boleh menjadi bahan perbuatan pedofilia di luar sana.
Netizen juga dilihat memerli Neelofa yang barangkali takut akan penyakit ain, namun tidak pada ancaman pedofilia apabila dia memuat naik foto Bilal beraksi sedemikian rupa.
Rasa nak bagi penampar kat emak bapa Bilal ni. Kan lagi baik jangan up apa-apa gambar berkaitan dengan anaknya. Kan semua bahagian anggotanya kena ain. Sorok anak tu selama-lamanya.
Mungkin kerana geram tidak dapat lihat wajah penuh Bilal, sesetengah netizen bertindak meninggalkan komen biadap dan kata-kata kasar terhadap keluarga selebriti ini.
Kegigihan. Acah-acah takut terkena ain tapi hakikat terketar-ketar tangan nak tayang baby.
Sabar ya netizen..nanti Neelofa tunjuk la Bilal, tengok puas-puas nanti!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.