Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

A Tribute To Michael Jackson, The King Of Pop

michael

Sebelum kami memulakan tribute(penghargaan)kepada Raja Pop, Michael Jackson, kami ingin menjawap persoalan mengenai agama Michael Jackson terlebih dahulu.

Advertisement

Berikut adalah petikan kata-kata daripada abang Michael Jackson sendiri, Jermaine Jackson:-

[note]May Allah be with you, Michael, always.[/note]

Rasa-rasanya memang betullah yang si Michael ini beragama Islam. Lagipun apabila funeralnya akan dilakukan secara private, berkemungkinan besar disebabkan akan dilakukan secara Islam. Jadi famili Michael taknak ada coverage besar-besaran pasal pengebumian.

Tapi media Barat semestinya tak akan kecohkan tentang fakta yang Michael Jackson seorang Islam. Maklumlah diorang pun agenda diorang sendiri. Jadi rasanya tak salah untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang kawan Muslim kita. Semoga roh Michael Jackson ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Michael Jackson mula menyanyi sejak berumur 4 tahun lagi. Pada awalnya MJ popular bersama kumpulan Jackson 5 dan seterusnya mula mengorak langkah untuk membina nama sebagai Raja Pop. MJ adalah pencipta kepada tarian Moonwalk(yang jalan ke belakang tue), pemegang rekod jualan album paling banyak (65 juta) dan merupakan antara artis pertama yang mengaplikasikan tarian dalam nyanyian.

Advertisement

Pernah datang ke Kuala Lumpur untuk tour, antara lagu-lagu popular MJ ialah Black and White, Smooth Criminal, You Are Not Alone, Thriller, Beat It dan banyak lagi. Pernah mengeluarkan 5 album selepas bergerak solo, kelebihan MJ ialah keunikan cara tarian dan kehebatannya semasa melakukan konsert.

Impak MJ kepada dunia pop sangat besar sehingga dikatakan mempunyai pengaruh yang sama besar dengan Elvis Presley. Kehebatan MJ terbukti apabila memperolehi hampir 100 juta setiap tahun untuk lagu-lagu beliau walaupun sudah lama tidak membuat album baru.

Perancangan terakhir MJ sebelum meninggal dunia ialah untuk membuat konsert bergerak bermula di London. Ternyata impian beliau tidak kesampaian kerana Dia lebih menyayangi MJ. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat video-video konsert Michael Jackson semasa Tour in Kuala Lumpur.

P.S: Lagu feveret kami sudah tentunya You Are Not Alone. Anda pulak bagaimana? Farah Fawcett, salah seorang pelakon Charlie’s Angel juga telah mati semalam akibat kanser. R.I.P.

Advertisement

Video Michael Jackson – You Are Not Alone

Video Michael Jackson Billie Jean

Video Michael Jackson Thriller

Video Michael Jackson Scream

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top