Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terima 30 Jambak Bunga Sempena Hari Jadinya, A. Aida Bersyukur Masih Jadi Rebutan

Fuh. Bukan calang-calang aura dan tarikan penerbit terkenal, A. Aida yang telah menerima 30 jambak bunga sempena hari jadinya yang ke 50. Yang lebih menarik, 16 jambak bunga tersebut adalah daripada pengirim misteri. Jeng, jeng, jeng. Ternyata walaupun sudah agak berusia, A. Aida masih mempunyai kejelitaan dan kecantikan yang mampu mencairkan hati para jejaka di luar sana.

a aida dapat jambang bunga
Apa pun Abang Nara respek dengan figura badan dan wajah Dato’ A. Aida yang jelas sangat-sangat awet muda berbanding usianya. Bab menjaga badan ini memang Abang Nara puji A. Aida sangat-sangat. Sebab itulah sampai 16 jambak bunga diterima olehnya. Iyerlah, cun melecun macam anak dara kan. Kata A. Aida:-

Advertisement

“Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki tu ‘sado’. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti ‘sado’ semuanya.

Alhamdulillah, masih menjadi rebutan. Sebab itu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara. Saya berterima kasih pada semua yang menghantar kek, hadiah dan bunga. Kali ini saya pelik sebab banyak bunga tanpa nama pengirim yang saya anggap pengirim misteri.

Daripada 30 jambak bunga yang diterima, 16 tidak ada nama pengirim. 80 peratus adalah bunga mawar. Selain itu ada bunga tulip dan daisy.”

a aida

A. Aida turut berkongsi kegembiraannya menerima jambak bunga tersebut menerusi akaun Instagramnya:-

Advertisement

 

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah cantiknya gubahan. Bunga apa yang mcm kobis ni?? Tak tahu siapa yang hantar. xada nama..allhamdulillah dan tq pada pengirim misteri???? ni yang buat hati cair ni,tapi xtahu pada siapa. Siapakah gerangan???

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

Advertisement

Apa pun selamat hari lahir diucapkan kepada Dato’ A Aida. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus menjadi kegilaan para jejaka. Moga cepat-cepat bertemu jodoh kembali. Sama-sama kita doakan.

Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    May 14, 2020 at 11:02 am

    hantar kat diri sendiri. agar nampak diri lebih di hargai. hahahhahahaha.. lepas tu rakam and buat2 terkejut. iols masih laku chuols

  2. Ayam penyet Tesco

    May 14, 2020 at 9:55 am

    X baik Abg Nara post benda2 mcm ni msa bulan puasa. bila org baca dan muntah, kan dh batal puasa org tu. Bayang kan if dh puasa smpai 7pm, then baca ni dan muntah. Rugi ja puasa semua. Hmmm..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top