Terima 30 Jambak Bunga Sempena Hari Jadinya, A. Aida Bersyukur Masih Jadi Rebutan

Hiburan

Terima 30 Jambak Bunga Sempena Hari Jadinya, A. Aida Bersyukur Masih Jadi Rebutan

Fuh. Bukan calang-calang aura dan tarikan penerbit terkenal, A. Aida yang telah menerima 30 jambak bunga sempena hari jadinya yang ke 50. Yang lebih menarik, 16 jambak bunga tersebut adalah daripada pengirim misteri. Jeng, jeng, jeng. Ternyata walaupun sudah agak berusia, A. Aida masih mempunyai kejelitaan dan kecantikan yang mampu mencairkan hati para jejaka di luar sana.

a aida dapat jambang bunga
Apa pun Abang Nara respek dengan figura badan dan wajah Dato’ A. Aida yang jelas sangat-sangat awet muda berbanding usianya. Bab menjaga badan ini memang Abang Nara puji A. Aida sangat-sangat. Sebab itulah sampai 16 jambak bunga diterima olehnya. Iyerlah, cun melecun macam anak dara kan. Kata A. Aida:-

Advertisement

“Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki tu ‘sado’. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti ‘sado’ semuanya.

Alhamdulillah, masih menjadi rebutan. Sebab itu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara. Saya berterima kasih pada semua yang menghantar kek, hadiah dan bunga. Kali ini saya pelik sebab banyak bunga tanpa nama pengirim yang saya anggap pengirim misteri.

Daripada 30 jambak bunga yang diterima, 16 tidak ada nama pengirim. 80 peratus adalah bunga mawar. Selain itu ada bunga tulip dan daisy.”

a aida

A. Aida turut berkongsi kegembiraannya menerima jambak bunga tersebut menerusi akaun Instagramnya:-

 

Apa pun selamat hari lahir diucapkan kepada Dato’ A Aida. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus menjadi kegilaan para jejaka. Moga cepat-cepat bertemu jodoh kembali. Sama-sama kita doakan.

Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...