February 21st, 2019

Drama Dia Menantu Rahsia kini sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen. Drama ini dibintangi oleh Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Sayzuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa dan ramai lagi. Walaupun mendapat sambutan yang hangat, namun drama ini tidak terlepas daripada terpalit kontroversi. Penerbitnya, Datuk A.Aida telah mengambil keputusan untuk ‘pangkah’ beberapa orang pelakon drama Dia Menantu Rahsia daripada terlibat dalam drama terbitan syarikatnya pada masa hadapan. Ini semua gara-gara perangai mereka yang enggan mempromosikan drama tersebut menerusi akaun sosial.

drama dia menantu rahsia

Tambah menyedihkan, ada pelakon drama Dia Menantu Rahsia yang meminta bayaran sebanyak RM3,000 sekiranya pihak syarikat ingin melihatnya mempromosikan drama tersebut. Wow. Memang diva sangat-sangat. Kata Datuk A.Aida:-

No more! Saya akan senarai hitamkan beberapa orang termasuk salah seorang teraju utamanya kerana enggan melakukan promosi drama yang mereka lakonkan. Mereka sepatutnya bersyukur dengan tawaran yang diberikan dan perlulah membantu mempromosikan hasil kerja masing-masing namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Siap ada yang minta bayaran sampai RM3000 untuk setiap posting dibuat dan ia memang melampau

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, pelakon utama drama ini iaitu Ashraf Muslim sangat-sangat berusaha keras dan giat mempromosikan drama lakonannya ini. Pelakon-pelakon lain Abang Nara tak tahulah pulak. Mungkin ada yang buat, mungkin ada yang tidak. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, di dalam kontrak yang ditawarkan haruslah diletakkan bab-bab promosi ini juga. Kalau tak promosi potong bayaran ke, kalau tak promosi kena “blacklist” ke. Barulah pelakon-pelakon nie takut sikit. Tak gitu? Apa kata anda?


93 responses to “A. Aida Kecewa Pelakon Minta Bayaran RM3,000 Untuk Promosi Drama Dia Menantu Rahsia”

  1. Aina says:

    1)Heroin mmg sejenis belakon kayu, intonasi cakap pun sekata je, berat mulut dan kalau perasan muka sentiasa berkerut masam

    2)maknya yg datin tu mmg xde gaya datin2 org kaya pun rambut serabai putih, lau pakai tudung pun ok dah. Pakaian pun out.

  2. tv3 says:

    Kak Aida,
    1) Sy suka tgk cite2 akak tp kali ni mmg out la pelakon nye .
    2) heroin nye sapa ntah nama nye tapi taw dia adik beradik uqasha …dia ni out .. katernyer menang dewi remaja tp xde la cntik mana jgk … belakon mmg out gile ..bdk skolah lagi better…
    3) sy suggest lps ni kak aida pilih artis y btl2 okay dan pndai belakon … rosak drama k aida dgn ade pelakon mcm ni ghuper …
    4) better tgk Petua Nenek dr cite ni …
    5) to pelakon utama tu sila belajar dgn kakak2 kau !

  3. Eliesa says:

    Ini memang tak patutlah. Kau berlakon, kau kenalah promosikan secara percuma lakonan kau. Baru kau juga akan bertambah femes dan drama/ filem kau akan hit. Bila kau sendiri makin femes, bayaran kau pun akan meningkat naik. Ini pun kau nak cas ke? Teruknya lahai perangai pelakon tu. Siapa ehhhh ??

  4. benci drama melayu says:

    cerita bongok lepas ni apa pula tajuk dia

    (isteriku untuk dia )

    (suamiku bukan untukmu)

    (nikah paksaan)

    (cinta jual beli)

    (tengku love pauper) haha bangang punya cita melayu puiii

  5. jurgen klopp says:

    heroin drama ni cun n comey tp dia punya ekspresi muka tu masam memanjang.
    jgn serius sgt muka tu dik….time husband awak bg punchline blh senyum sikit tak..ayoooo

Loading...