“Aku Tak Berapa Suka Orang Gemuk” – Johan Ghazali Kongsi Pandangan Tentang Obesiti

Kehidupan

“Aku Tak Berapa Suka Orang Gemuk” – Johan Ghazali Kongsi Pandangan Tentang Obesiti

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mencuri perhatian selepas berkongsi pandangan peribadinya terhadap individu berbadan besar atau obesiti.

Menerusi hantaran di Instagram, Johan, 19, menjelaskan dia kurang gemar melihat individu yang tidak mengambil serius tentang tahap kesihatan dan gaya hidup masing-masing.

Advertisement

“Aku tak berapa suka dengan orang gemuk. Sebelum kalian nak marah dengar dulu penjelasan saya. Saya memang tak suka dengan orang gemuk atau yang tidak sihat.”

Menurut Johan atau lebih mesra disapa Jojo, individu berbadan besar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu mereka yang sedar keadaan diri dan berusaha untuk hidup lebih sihat, serta mereka yang langsung tidak kisah.

“Orang gemuk ada dua jenis. Pertama yang sedar diri mereka gemuk atau tidak sihat tapi berusaha turunkan berat badan. Mereka cuba dan berusaha jalankan gaya hidup sihat. Makan makanan berkhasiat, saya hormat yang itu.”

“Jenis kedua, orang gemuk yang diri mereka gemuk tetapi tidak kisah dengan diri mereka. Orang macam ini yang buat saya tidak suka dengan mereka.”

Tambah Jojo, dia mengakui sering membuat penilaian terhadap individu yang dilihat tidak menjaga kesihatan diri, terutama apabila mereka tidak berusaha untuk berubah.

“Dunia ini kejam dengan orang gemuk. Setiap kali lihat orang gemuk, saya akan kata diri mereka pemalas. Mereka tidak berdisiplin dan tidak tahu kawal diri mereka, saya pasti akan menilai.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-12 09:34:06

"Aku Tak Halalkan Cukai Aku Sara B40 Yang Malas!" - Isu Subsidi Untuk T20 Ditarik Balik Cetus Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...