Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan isterinya, Watie Hanafiah selamat menimang cahaya mata perempuan pada petang Isnin.
Menerusi laporan media tempatan, pasangan usahawan itu turut berkongsi nama yang diberikan kepada bayi kelima mereka, iaitu Akira Juwita Zahra, yang dipilih agar selari dengan nama anak kedua mereka, Dzakira Thalita Zahra, 13.

“Nama Akira Juwita Zahra dipilih oleh Watie kerana hendak samakan dengan nama Thalita,” dedahnya kepada mStar.
Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi momen istimewa apabila bayi mereka menerima pelbagai hadiah daripada peminat ketika sesi siaran langsung di TikTok, dengan jumlah terkumpul melebihi RM80,000.
“Ya ALLAH, awak nak bayarkan bil hospital ke ni? Ya ALLAH. Awak betul-betul hendak bayarkan bil saya ni.”
“Akira, rezeki Akira,” tutur Shuib.
Sementara itu, Watie juga mendedahkan jumlah sebenar yang diterima pada malam tersebut adalah sebanyak RM81,418.48.

“Alhamduillah rezeki baby malam ni, terima kasih yang support beg kuning mommy dan daddy,” titipnya.
Untuk rekod, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah selamat melahirkan bayi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib sebelum ini mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
