Isu melibatkan seorang bekas peserta program realiti nyanyian Mentor, Azmirul Hafiz yang didakwa kantoi curang di sebuah bazar Uptown terus hangat diperkatakan apabila muncul penjelasan daripada lelaki tersebut.
Menerusi satu hantaran yang tular, individu berkenaan tampil memberikan alasan terhadap tindakannya, yang dikatakan berlaku di hadapan umum.

Dalam kenyataan tersebut, dia mendakwa perbuatannya dilakukan kerana ingin mendapatkan perhatian daripada isterinya.
“Memang sy saja buat depan public.. cuma nk perhatian dari seorg isteri.. yg 4 hari xbalik.. sikit kabar dri dia pun xde.. tak tnya langsung suami dia ni…”
Menurutnya lagi, dia merancang segala perkara tersebut kerana merasakan dirinya tidak lagi mendapat perhatian daripada pasangan.
“Saya plan semua ni.. sbb sy rasa wife mmg xde hati pada sy.. bila sy tnya.. masih sayang atau tidak… sy cuba nak melupakan dia.. tapi tak boleh.. sumpah sy cukup..”
Dalam masa sama, lelaki itu turut meluahkan keadaan rumah tangganya yang didakwa semakin terabai termasuk persiapan menjelang Aidilfitri.
“Wow, Hebat Azmirul..” – Isteri Serbu Bekas Penyanyi Realiti TV ‘Kantoi’ Curang Di Sebuah Lokasi
Dia juga memaklumkan bahawa dirinya perlu menguruskan hal anak seorang diri selain mengakui tidak mampu berdepan situasi tersebut seorang diri.
“Barang anak dah isteri sy da selesaikan hari tu.. tak tahu boleh jadi mcm ni… Tolong semua.. selamat kn rumah tngga kami.. sy xsnggup hadap seorang diri…”
Terdahulu, insiden tersebut tular selepas isterinya sendiri memuat naik video menyergah suaminya bersama wanita lain di sebuah bazar, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

