Kenyataan ‘Pejuang Garis Satu’ Disalah Erti, Uyaina Arshad Beri Penjelasan – “Bukan Nak Bandingkan…”

Hiburan

Kenyataan ‘Pejuang Garis Satu’ Disalah Erti, Uyaina Arshad Beri Penjelasan – “Bukan Nak Bandingkan…”

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad menjelaskan bahawa hantaran mengenai istilah “pejuang garis satu” bukan bertujuan membandingkan atau memperkecilkan golongan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Menurut Uyaina, setiap pasangan mempunyai fasa perjuangan berbeza dalam rumah tangga sama ada berusaha mendapatkan anak atau merancang kehamilan. Katanya, dia tidak menyangka hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Advertisement

“Hari itu saya ada buat hantaran mengenai pejuang garis satu, itu pun tiba-tiba ramai beri reaksi dan respons, saya tak jangka cuma rasanya ramai yang macam saya, berjuang untuk tak mengandung secara manual ataupun menggunakan alat bantuan.”

“Cuma hantaran saya bukan untuk melagakan mereka yang sedang berjuang dapatkan anak dan mereka yang berjuang merancang.”

“Bukan nak bandingkan siapa punya perjuangan lebih teruk, berat atau menderita. Hakikatnya kita masing-masing ada perjuangan masing-masing dan kita saja yang tahu apa yang kita sedang berjuang.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama vertikal My Ramadan Love Story di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur.

Uyaina turut berkongsi bahawa dia pernah berada dalam situasi perlu memastikan ujian kehamilan tidak menunjukkan keputusan positif kerana faktor perancangan keluarga.

“Macam saya selama ini pun ada ramai kawan-kawan yang pejuang garis dua yang mula TTC (Trying To Conceive) bertahun-tahun lamanya. Saya tak pernah cakap benda-benda yang buruk sebenarnya, saya sentiasa doakan untuk mereka pejuang garis dua.”

“Waktu awal-awal dulu memang merancang secara manual. Tapi masing-masing ada pendapat sendiri. Itu niat saya buat hantaran itu, mungkin ada yang tersalah tafsir.”

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu menerima kecaman di Threads selepas memuat naik hantaran mengenai wanita yang berusaha untuk tidak kembali hamil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isa khan risteena
2026-03-09 15:56:38

"2019-2026, Hanya Persinggahan Sementara.." - Perkongsian Terbaharu Isa Khan Cetus Tanda Tanya Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...