Nadia Brian Dan Nedim Dah Padam Foto Bersama, ‘Unfollow’ Media Sosial Masing-Masing – “Doakan Yang Baik-Baik..”

Hiburan

Nadia Brian Dan Nedim Dah Padam Foto Bersama,  ‘Unfollow’ Media Sosial Masing-Masing – “Doakan Yang Baik-Baik..”

Pelakon Nadia Brian memohon orang ramai agar terus mendoakan yang terbaik buat dirinya dan usahawan Nedim Nazri selepas timbul spekulasi mengatakan hubungan mereka sedang bergolak.

Dakwaan itu tercetus apabila peminat menyedari mereka tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Advertisement

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, hubungan mereka masih berada pada peringkat awal perkenalan.

“Biasalah, kita perempuan kadang-kadang begitu. Kami masing-masing pun sibuk bekerja. Lagipun hubungan kami masih baru dalam fasa perkenalan.”

“Apa pun saya hanya doakan yang baik-baik dan harap semua orang pun doakan yang baik-baik juga, lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan.”

Nadia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

Dalam masa sama, Nadia mengakui dia agak segan untuk berkongsi hal peribadi terutama berkaitan kisah cinta.

“Kalau hal peribadi, sebenarnya saya agak malu untuk bercerita atau berkongsi secara terbuka. Saya bukan jenis yang mahu bercerita semata-mata untuk dapatkan perhatian.”

“Tambahan pula saya pernah melalui pengalaman sebelum ini, jadi bagi saya soal hubungan itu lebih kepada perkara peribadi.”

“Tetapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita. Jadi saya sangat menghargai sokongan mereka.”

Terdahulu, hubungan Nadia dan Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned mula mendapat perhatian sejak hujung tahun lalu apabila mereka dilihat saling berkongsi kemesraan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-06 14:53:34

"Saya Tak Akan Tuntut Apa-Apa" - Nubhan Nafi Dakwaan Menyantuni Ibu Sebab Nak Kaut Harta Mak Jenny

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...