Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di media sosial yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Sajat dilihat tampil berpakaian seksi sambil menari dengan penuh tenaga ketika menghadiri satu acara yang berlangsung di Sydney, Australia. Difahamkan, kehadiran Sajat adalah bagi memenuhi undangan ke acara hiburan yang dianjurkan di sana.
Dalam perkongsian tersebut, Sajat turut meluahkan rasa teruja dengan pengalaman yang dilaluinya sepanjang acara berkenaan.
“Thank you, Sydney Mardi Gras from Neon Galaxy opening night until the very last show. The energy never stopped. Loud, colourful, full of love. ❤️🔥”-kapsyen Sajat di Instagram.
Bagaimanapun, video berkenaan mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen apabila sebahagian netizen tampil menegur tindakan Sajat yang disifatkan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.


“Hormatilah bulan mulia ni, kamu tu Islam.”
“Kalau lah Syaza & Syahmi tengok abah dia macam ni, mesti sedih sangat. Inikah seorang insan yang membesarkan aku selama ini?.”
“Kesian kau Jat, cuba kau niaga je elok-elok tak payah buat hal dulu kat Malaysia tak ada lah kau bersusah payah macam ni. Entah laa terkomen juga selalu aku tengok sambil berkata-kata dalam hati je.”
“Apa yang kau banggakan sangat berjoget separuh separuh bogel ni Jat, kena la ada rasa malu sikit kat anak-anak yang makin membesar, jagalah perasaan mereka, walaupun kau jalankan tanggungjawab dengan baik tapi mereka besar nanti mesti akan rasa malu & sedih ko masih nak hidup dengan dunia macam ni.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

